Penyanyi rap Caprice yang cukup terkenal dengan tagline ‘Bang, Bang’ antara selebriti yang peka dengan isu semasa dan sering meluahkan pendapat beliau dengan cara yang bersahaja menerusi video di Instagram. Aktif memberikan ceramah berunsur motivasi di sekolah-sekolah dan universiti, Caprice kini menjadi sumber inspirasi dan idola ramai.
Namun, baru-baru ini timbul isu mengenai Caprice yang tidak keluar mengundi pada PRU14 lalu. Netizen menyifatkan beliau hanya pandai berkata-kata di media sosial sahaja ataupun dalam erti kata lain hanya beromong kosong.
Menerima pelbagai komen daripada netizen, Caprice telah tampil membidas setiap tuduhan yang dilemparkan kepadanya, tetapi cara beliau itu agak kasar.
Ada yang mula mendakwa cara Caprice itu seakan mengamalkan buli siber sedangkan beliau dan beberapa selebriti lain terlibat dengan kempen menangani dan memerangi gejala buli siber. Rata-rata netizen sudah mula tidak gemar dan hilang hormat pada Caprice.
Kita pun tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya dan mungkin juga Caprice mempunyai sebab beliau sendiri ketika memberikan komen sebegitu. Sama-sama nantikan penjelasan Caprice pula, tidak boleh dengar cerita sebelah pihak sahaja kan?