Didakwa Jalani Pembedahan Di Wajah, Bibir Elfira Loy Kini Dilihat Makin Mungil?

Hiburan

Didakwa Jalani Pembedahan Di Wajah, Bibir Elfira Loy Kini Dilihat Makin Mungil?

Jika sebelum ini gempar di media sosial apabila aktres jelita Maria Farida akui kejelitaannya adalah asli tanpa melakukan sebarang pembedahan di wajah, namun kali ini berbeza pula apabila seorang selebriti tempatan didakwa menjalani rawatan mengubah bentuk wajahnya.

Advertisement

Individu yang dimaksudkan ialah pelakon kecil molek, Elfira Loy. Hal ini demikian kerana, foto terbaru yang dimuat naik olehnya di laman Twitter menjadi bualan hangat netizen selepas wujud segelintir pihak mendakwa wajah pelakon itu semakin berbeza jika dibandingkan dengan sebelum ini.

Malah, warganet juga tidak terlepas membuat andaian bahawa pada dahulunya wajah pelakon itu bulat dan bukanlah runcing seperti kini.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan Elfira mengubah bentuk bibirnya agar menjadi lebih tebal dan mungil.

Bagaimanapun, wujud juga segelintir pihak yang berpendapat mungkin berat badannya kini yang sudah berkurang dan teknik solekan yang menyebabkan beliau tampil berbeza.

Namun demikian, ia hanyalah spekulasi semata-mata kerana sehingga kini, Elfira sendiri belum pernah bersuara andai dirinya pernah melakukan sebarang pembedahan di wajahnya.

Sumber: Cari Forum

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...