Polis Evo 2 antara filem yang paling dinantikan oleh rakyat Malaysia pada tahun ini. Dibintangi oleh barisan pelakon mantap seperti Shaheizy Sam, Zizan Razak, Erra Fazira, Hasnul Rahmat dan penampilan khas aktres terkenal Indonesia, Raline Shah tentunya ia dijangka mendapat sambutan yang cukup hebat.
Bakal ditayangkan pada 22 November ini, timbul pula kontroversi dimana ada sesetengah pihak yang ingin memboikot filem ini kerana memberikan imej buruk terhadap Islam. Ia jelas ditonjolkan menerusi watak ketua pengganas Hafsyam Jauhari lakonan Hasnul Rahmat yang membawa imej Islamik lengakap dengan serban.
Apa pendapat anda? Perlu ke kita memboikot sesebuah filem sedangkan ia belum pun ditayangkan lagi?