Didakwa Ambil Dadah : Farid Kamil Mengaku Tidak Bersalah Di Mahkamah

Hiburan

Didakwa Ambil Dadah : Farid Kamil Mengaku Tidak Bersalah Di Mahkamah

Pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah jenis THC (Tetra Hydrocannibol) ataupun ganja ke dalam badannya dua minggu lalu.  Farid didakwa memasukkan dadah ke dalam badannya di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, 4.30 petang, 11 Januari lalu.

Advertisement

Farid yang diwakili peguamnya Athari Bahardi kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan di depan Majistret Nor Ariffin Hisham di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pagi tadi. Mahkamah juga memerintahkan pasport Farid diserahkan kepada mahkamah.

Pertuduhan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM5,000 dan pengawasan polis tidak lebih tiga tahun jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Farid dibebaskan dari tahanan reman pada 16 Januari dan menghadapi empat pertuduhan iaitu mendatangkan kecede­raan kepada orang awam yang disiasat mengikut Sek­syen 323 Kanun Keseksaan, menampar polis disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967, penggunaan dadah disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan mengganggu tugas penjawat awam disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Foto : Aizuddin Saad

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...