Didakwa Amang Seksual Remaja Perempuan, Artis 80-an Ditahan Polis

Hiburan

Didakwa Amang Seksual Remaja Perempuan, Artis 80-an Ditahan Polis

Artis 80-an yang juga dikenali sebagai bapa seorang penyanyi wanita terkenal ditahan polis selepas didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan sejak Ogos yang lalu.

safiey ilias
3 years ago

'Live' Bersama Budak Bawah Umur, Usahawan Kosmetik Ditahan Polis

Advertisement

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Abd Khalid Othman, pihaknya telah menerima laporan berhubungan dengan kejadian itu kira-kira pada pukul 3 petang Rabu lalu.

Kejadian pertama berlaku terhadap mangsa berusia 14 tahun itu pada Ogos 2020 di rumah kawan ibunya di sebuah kondominium di Puchong Prima. Dalam kejadian ini, ia membabitkan seorang suspek yang dikenali sebagai atuk berusia 65 tahun.

Artis 80-an Ditahan

 

Tambah Abd Khalid lagi, terdapat dua lagi kejadian amang seksual yang dilakukan oleh artis tersebut pada Oktober dan November 2020 terhadap mangsa yang ketika itu masih bersekolah di tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di Puchong.

Susulan laporan itu, pihak polis telah menahan suspek di perkarangan Balai Polis USJ 8, pukul 11 malam pada 21 Julai lalu namun suspek telah dibebaskan atas jaminan polis memandangkan suspek menghidap penyakit jantung.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...