Penyanyi yang masih muda dan sedang meningkat naik namanya, Haqiem Rusli baru-baru ini mengejutkan orang ramai apabila mengumumkan bakal bersara daripada bidang seni selepas mengalami kemurungan yang teruk.
Tidak cukup dengan isu itu, muncul pula seorang individu yang mendedahkan sikap serta perangai buruk Haqiem yang dilabelkan sebagai seorang yang berlagak. Tuduhan yang dibuat di akaun Twitter itu menjadi bualan hangat netizen dan timbul lagi pelbagai spekulasi liar.
Menjawab segala tuduhan yang dilemparkan kepada dirinya, Haqiem memberitahu beliau sebagai manusia biasa yang tidak sempurna mungkin ada melakukan kesilapan. Namun, adakah kesilapan itu terlalu besar sehingga beliau dihakimi serta dihukum dengan teruk. Haqiem tidak mahu netizen terus meghinanya lagi.
Terdahulu, Haqiem menerusi akaun Instagramnya seakan memberikan bayangan mahu berhenti menyanyi dan mengalami kemurungan sejak awal tahun ini. Namun, segalanya masih dalam pertimbangannya dan akan membuat keputusan mengenai kariernya itu pada Julai ini.