Diarah Keluar Rumah Kerana Gagal Bayar Sewa, Uji Rashid Pohon Rumah PPR

Hiburan

Diarah Keluar  Rumah Kerana Gagal Bayar Sewa, Uji Rashid Pohon Rumah PPR

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar telah mengongsi melalui akaun Facebook bahawa primadona seni suara Malaysia sejak tahun 70-an, Uji Rashid telah membuat permohonan Projek Perumahan Rakyat atau PPR pada Rabu.

Status itu ditulis:

Advertisement

Sempat berbual dengan penyanyi veteran yang banyak berjasa dalam industri muzik tanah air Uji Rashid yang datang ke pejabat saya tadi.

Beliau ada memohon rumah PPR sebelum ini dan saya diberi maklum beliau akan diminta keluar dari rumah sewa di Ampang dalam masa terdekat atas sebab yang sangat menyedihkan.

Memandangkan permohonan menepati syarat, saya beri kelulusan khas untuk beliau dan keluarga dapat mendiami PPR dengan segera. Semoga bantuan ini dapat meringankan beban dan memberi sinar baru dalam kehidupan Uji Rashid sekeluarga.

mStar Online pula melaporkan, Uji atau nama sebenarnya Fuziah Haroun Al Rashid dikatakan telah cuba mendapatkan bantuan kewangan dan perumahan dari pelbagai sumber namun semuanya tidak berjaya, Antara yang menolak permohonanannya ialah Kementerian Kewangan.

Uji hanya menjana pendapatan dari aktiviti seninya.-beautifulnara.com

 



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...