Diana Danielle Jelas Isu Raya Berasingan Dengan Farid Kamil

Hiburan

Diana Danielle Jelas Isu Raya Berasingan Dengan Farid Kamil

Tidak menyambut Syawal bersama baru-baru ini, ada spekulasi yang mengatakan rumah tangga pelakon Diana Danielle dan Farid Kamil sedang bergolak. Lama juga Diana bertindak untuk berdiam diri mengenai isu ini tetapi akhirnya beliau tampil menjelaskan apa berlaku sebenarnya. Menurut Diana, beliau terpaksa berasingan dengan Farid sebentar kerana tidak sampai hati untuk meninggalkan ibunya yang di tahan di ICU akibat demam denggi.

Advertisement

Saya rasa ini tanggungjawab saya sebagai anak untuk terus berada di sisinya. Walaupun dia sudah dibenarkan keluar wad, namun keadaannya masih lemah dan mungkin kerana faktor usia dia mengambil masa sedikit untuk sembuh.

Saya dan Farid tidak ada masalah langsung, sebab itu saya muat naik gambar bertiga. Tapi orang lain pula yang kisah sehingga ia dijadikan isu. Disebabkan saya selalu juga berhadapan dengan situasi sama, saya malas nak ulas panjang kerana saya tahu keadaan kami yang sebenar. Bagi saya hal peribadi tidak perlu dijaja dan saya dah lali dengan spekulasi.

Syukur rumah tangga Diana dan Farid masih lagi bahagia dan hubungan mereka tidak terjejas langsung dengan spekulasi liar yang melanda mereka. Kami mendoakan agar mereka kekal seperti ini sehingga ke jannah.

Sumber Berita : Media Hiburan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...