Dian Sastrowardoyo Teruja Dapat ‘Breakfast’ Dengan Yuna Di Los Angeles

Hiburan

Dian Sastrowardoyo Teruja Dapat ‘Breakfast’ Dengan Yuna Di Los Angeles

Bintang filem Ada Apa Dengan Cinta, Dian Sastrowardoyo berkongsi kegembiraannya apabila dapat meluangkan masa dengan penyanyi kegemarannya, Yuna di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Yuna
2 years ago

Yuna Luah Rasa Kesal, Pemerintah Negara Seakan Tidak Ambil Serius Masalah Perubahan Iklim

Advertisement

Kegembiraan tersebut dikongsi Dian menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya untuk tatapan peminat serta pengikutnya di media sosial tersebut.

Bersarapan dengan penyanyi kegemaran saya. Umpama mimpi.

Menerusi hantaran tersebut, Dian telah memuat naik fotonya bersama Yuna ketika bersarapan bersama pada Khamis lalu.

Dalam foto itu, kelihatan Dian tersenyum kegembiraan di hadapan penyanyi lagu Terukir di Bintang tersebut.

Hantaran Dian tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada pengikut, rata-rata netizen meninggalkan komen positif malah mengakui turut mengidolakan penyanyi lagu Dan Sebenarnya itu.

Dian Sastrowardoyo

Dalam pada itu, hanatarn tersebut telah menerima lebih 30,000 tanda suka dan ratusan komen daripada pengikutnya di media sosial tersebut.

Sekadar info, Dian Sastro difahamkan kini sedang bercuti di Los Angeles dan Yuna juga kini sudah menetap di sana bagi meneruskan karier seninya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...