Written by Bella | October 23rd, 2019

Kemelut rumah tangga pelakon Amar Asyraf semakin berpanjangan apabila baru-baru ini, isteri keduanya, Vivi Jeffry tampil menuntut suaminya agar bertanggungjawab terhadap perkahwinan mereka. Semuanya demi masa depan anak mereka yang memerlukan perhatian serta kasih sayang seorang bapa.

amar asyrafBagaimanapun, Amar bertindak mengunci mulut mengenai segala kontroversi yang tercetus. Lebih baik berdiam diri daripada mengeruhkan lagi keadaan dan dia juga enggan membuka aib sesiapa.

Saya memilih untuk tidak memberikan sebarang kenyataan bagi menjawab luahan yang dibuat Vivi dan Ellika. Sebagai manusia, saya banyak belajar daripada kesilapan dan biarlah masa menentukan segala-galanya.

Saya juga tidak mahu membuka aib sesiapa dengan memberikan kenyataan balas. Buat masa ini, saya tidak bersedia memberi komen lanjut dan berharap, semua pihak menghormati pendirian saya.

Cukuplah apa yang berlaku sebelum ini dan selebihnya, memadai hanya isteri dan keluarga yang tahu. Tidak perlu saya jelaskan kepada umum kerana bimbang ia memberi kesan pada hubungan baik saya dan keluarga

Terdahulu, kecoh apabila seorang wanita, Ellika Azman mendakwa dia kekasih gelap Amar dan mereka menjalin hubungan cinta sejak setahun yang lalu sehingga merancang untuk berkahwin. Malah, wanita itu turut mendedahkan Amar sebenarnnya sudah mempunyai dua orang isteri. Tidak lama selepas itu, isteri kedua Amar tampil membuka mulut dan mengakui mereka sudah pun mendirikan rumah tagga beberapa tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Sumber Berita : BH ONLINE

16 responses to Diam Lebih Baik, Tak Nak Buka Aib Sesiapa – Amar Asyraf

  1. meetomato says:

    tactic standard lelaki melayu la ni….kalau dah kantoi & bersalah, start la tu mendiamkan diri, tak nak buka aib la apa la, berlagak mcm victim!

    sekarang ko dh kuarkan statement, minta org hormat kat ko lagi tu. please lah! lelaki melayu sgt lah ego tahap dewa! why dont in ur statement, ko mengaku je this is your mistake, ko ngaku la ko curang, tak jujur, tak bertanggungjawab, abaikan isteri2 ko. and then ko mohon maaf la kat isteri2 ko, scandal ko & scandal2 ko yang lain. Respect has to be EARNED! bknnya REQUEST ikut suka hati ko je HORMAT ni…

    seriously, is this how your parents, your grandparents, your ustaz & ustazah in school taught you? mmg tak diajar good manners ke, tak tau what is right & wrong in whatever you do?

  2. Anonymous says:

    tak nak buka aib siapa? aib diri sendiri lah cakap bro.. x yah kona jauh2. we all not lembu. diam lebih baik or diam sebab salah? tak tau nak comeback camne kan?? muka bajet2 bapa cemerlang, rupanya tak boleh pakai!

  3. biarbetik says:

    Coward!

  4. Anonymous says:

    Dah tak minat dengan awak lagi sekarang

  5. Shahrul says:

    Byk artis nama A. A. kat Malaysia ni rupanya

    Alif Aziz
    Ammar Alfian
    Amar Asyraf
    Azwan Ali
    Addy Ashraf
    Ariff Aziz
    Awal Ashaari
    Asry Azizan
    Azhar Amir
    Aaron Aziz

  6. wina says:

    ok fine, xnk buat apa2 kenyataan. tp bertanggungjwb kt ank & bini pun xnk jgk ke?

  7. Anonymous says:

    blog ni dah x bestttt…mari kita berpindah ke cari forum. com. my…bah. hiburan tempatan. macam2 ada.

  8. Anonymous says:

    Baguslah tutup aib sendiri.

  9. Anonymous says:

    Dia ni kelantan ke?

  10. Anonymous says:

    Sampah giler laki nama A ni. Asal nak lari je ckp xnak bukak aib. Dah tu smpai ke sudah diam je semua. Itu pun nasib si Elika tu yang bongkarkan. Kalau tak, sampai kesudah si Vivi tu teraniaya je.

  11. Bodoh gatai ...... says:

    Tak tau sapa you … Tak pernah dengar or tengok b4 ….. But seriously I have a solution to your problem …. Pergi jumpa pakar sakit otak and sakit jiwa … You need it … Not a joke …

    Also tak all the wifes n gfs also .

  12. sis no name says:

    kepada bodoh gatai..

    wife – satu bini
    wives – banyak bini

    bukan wifes.

  13. logik says:

    i support u Bro, diam je biarkan geng2 panas ni dgn spekulasi, mcm along cham dulu, lepas cerai, senang je dia, No komen, last2 org pon dah tak nak amik tahu, selagi ko cakap, selagi tu, ini salah itu salah, ko diam je, padan muka cacing kepanasan ni, wakakaka

  14. mimi says:

    Ha ah, sebab tu la Along Cham tu sampai sekarang tenggelam terus

  15. Tudung saji says:

    IKR.. Bila dah berslh.. Mulalh tu nak jd victim keadaan.. Nnti last2 konon depressed.. Minta simpati..emmm..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini