“Dia Yang ‘Add-On’ Macam-Macam” – Viral Burger Ayam Special RM23, Otai Burger Dedah Hal Sebenar

Kehidupan

“Dia Yang ‘Add-On’ Macam-Macam” – Viral Burger Ayam Special RM23, Otai Burger Dedah Hal Sebenar

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai seorang wanita mengadu membeli burger ayam berharga RM23 biarpun hanya di jual di gerai tepi jalan.

Difahamkan dari perkongsian wanita terbabit di laman Facebook, gerai burger terbabit terletak berdekatan dengan sebuah bank di Kepong, Kuala Lumpur dan dia pergi ke situ kerana ingin membeli dua burger ayam special.

Advertisement

Bagaimanapun, alangkah terkejutnya apabila hendak membayar, peniaga berkenaan memberitahu harga yang perlu dibayar adalah sebanyak RM23.

burger ayam special rm23

Sedar pihak mereka telah dikecam oleh orang ramai setelah hantaran tersebut mendapat perhatian ramai, Ketua Jabatan Latihan dan Pemasaran, Otai Burger Malaysia yang bernama Muhammad Syamrie Anuar tampil memberi keterangan daripada pihak mereka pula.

Apabila ditemu bual oleh pihak mStar, individu terbabit mengakui wanita itu memang ada mengunjungi sebuah gerai francais Otai Burger di Kepong dan membuat dua pesanan burger ayam special yang bernilai RM23.

Bagaimanapun, Syamrie berkata harga yang perlu dibayar oleh wanita itu sememangnya bersesuai dengan apa yang dipesan olehnya.

Pelanggan itu juga ada add-on sebiji telur. Maknanya dalam kedua-dua biji burger itu ada telur. Setiap satu biji, harganya RM11.50, bila kali dua (biji) RM23.

Menurutnya lagi, pelanggan tersebut bukanlah kali pertama membeli di gerai terbabit, jadinya dia sedar akan harga yang ditawarkan. Namun enggan menuduh sama ada wanita itu sengaja melakukan hal terbabit ataupun tidak.

Bila diviralkan, seolah-olah macam nak sabotaj.

Sebelum ini, perkongsian seorang wanita di Facebook telah meraih sehingga 1,200 shares selain dibanjiri hampir 1,000 komen dari netizen.

burger
2 years ago

"3 Kali Tanya Betul Ke Harga.." - Wanita Terkejut Burger Ayam 'Special' Tepi Jalan RM23

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...