“Dia Seorang Isteri Yang Baik..” Shamsul Yusof Akui ‘Gila’ Kerja Jadi Punca Permasalahan Rumah Tangga

Hiburan

“Dia Seorang Isteri Yang Baik..” Shamsul Yusof Akui ‘Gila’ Kerja Jadi Punca Permasalahan Rumah Tangga

Isu rumah tangga membabitkan Syamsul Yusof bersama isteri, Puteri Sarah Liyana yang sebelum ini menjadi perbualan netizen senyap seketika kerana tiada respon daripada pengarah dan juga pelakon itu.

Namun, Syamsul akhirnya tampil menjelaskan mengenai status sebenar yang kini melanda rumah tangganya.

Advertisement

Mengakui bahawa bahtera yang dibina kini berdepan badai dan masalah, Syamsul,36, berkata dia dan Puteri Sarah kini sedang dalam memperbaiki hubungan sesama mereka dengan mendapatkan nasihat daripada pihak yang bertauliah.

Jelas Syamsul lagi, kehadiran Puteri Sarah ke pejabat agama pada bulan September lalu bukanlah melibatkan isu penceraian namun sedang mendapatkan nasihat daripada kaunseling daripada institusi keagaaman tersebut.

View this post on Instagram

Syaikhul, jom take pic dgn ayah..Okay ayah!

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm) on

View this post on Instagram

Raya Raya Raya !! . #selamatharirayamaafzahirbatin #taqabbalallahuminnawaminkum #raya2020

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm) on

Menafikan mengenai ura-ura akan bercerai, Syamsul mengakui dirinya yang terlalu obses bekerja telah menjadi punca kepada permasalahan ini.

“Kami masih dalam proses memperbaiki hubungan. Saya tidak boleh cakap lebih soal rumah tangga tapi apa yang boleh saya cakap.. dia seorang isteri yang baik. Yang penting sekarang anak-anak. Mungkin sebab saya terlalu obses dengan kerja saya. Jadi seperti penyakit..saya jadi gila dengan kerja saya. Sepatutnya apabila kerja dah siap, relaks la. Nak kata duit, alhamdullilah, rezeki ada. Tapi kenapa saya selalu nak bekerja,”

Dia yang sebelum ini berasa berang apabila kisah rumah tanggannya disensasikan oleh sesetengah individu, Syamsul mengakui dirinya agak tertekan apabila menghadapi dugaan seperti itu.

Dalam pada itu, Syamsul percaya dan yakin apa yang berlaku kini sama sekali tidak akan menjejaskan usahanya dalam memperbaiki hubungan dengan isteri tersayang.

View this post on Instagram

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm) on

Terbaru, Syamsul dilaporkan telah mengambil tindakan undang-undang dengan membuat laporan polis terhadap sebuah saluran Youtube yang didakwanya telah memfitnah diri dan keluarganya.

Sumber : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...