“Dia Maknyah..” – Pihak Penganjur Dedah Individu Tak Bercoli Bukan Model KFW22

Kehidupan

“Dia Maknyah..” – Pihak Penganjur Dedah Individu Tak Bercoli Bukan Model KFW22

Sebelum ini, tular di rata-rata media sosial mengenai sebuah hantaran gambar memaparkan seorang individu yang hadir ke acara Minggu Fesyen Kedah 2022 ataupun Kedah Fashion Week 2022 (KFW22).

Menerusi hantaran tersebut, individu itu dilihat telah hadir dengan berpakaian menjolok mata dengan mengenakan busana sut formal berwarna hijau dan tidak mengenakan sebarang pakaian dalam sehingga mendedahkan separuh bahagian payudaranya.

Advertisement

Susulan itu, rata-rata orang ramai telah mengecam tindakan individu tersebut dan mempersoalkan bagaimana pihak penganjur boleh menjemput individu yang berpakaian sebegitu rupa.

Tampil memohon maaf, pihak penganjur telah mengeluarkan kenyataan media menjelaskan bahawa individu berkenaan bukanlah peserta yang dijemput untuk memperagakan pakaian di dalam acara KFW.

Difahamkan, identiti individu berkenaan juga difahamkan adalah seorang ‘maknyah‘ yang berlakon seperti seorang model, menggayakan pakaian yang tidak sesuai, mengambil gambar serta video dan memuat naik di dalam media sosial.

Malah, tindakan individu itu turut dipercayai adalah tindakan peribadi yang dilakukan setelah acara pertunjukan fesyen berkenaan tamat.

Sehubungan itu, YB Dato’ Dr. Mohd Hayati menerusi hantaran di laman Facebook, berkata pihak Kerajaan Negeri akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan peruntukan peraturan dan undang-undang yang sedia ada.

Tambahnya lagi, Kerajaan Negeri juga berhasrat untuk mengkaji bagi memperkemaskan peraturan-peraturan kecil yang berkaitan hiburan dan pertunjukan supaya lebih menepati adat budaya dan tatasusila Negeri Kedah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Kedah fashion week 2022
5 bulan lalu

(FOTO) “Ingat Milan, Rupanya Kedah” - Model ‘Fashion Show’ Tak Bercoli, Tayang Dada Tersembul Di KFW22

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Tinggalkan Komen Anda Di Sini