“Dia Macam Taknak Bertanggungjawab” – Tiada Permohonan Maaf, Mangsa Kesal Dituduh Punca Ikmal Amry Kemalangan

Hiburan

“Dia Macam Taknak Bertanggungjawab” – Tiada Permohonan Maaf, Mangsa Kesal Dituduh Punca Ikmal Amry Kemalangan

Baru-baru ini, kemalangan yang menimpa pelakon, Ikmal Amry bersama isteri dan anak kecil di highway hingga menyebabkan kenderaan terbalik telah menarik perhatian ramai kerana boleh dikatakan agak teruk, namun tiada yang cedera.

Difahamkan daripada penjelasan seorang pengguna jalan raya, Norliana Abdul Hamid, dia mendakwa Ikmal ketika itu memandu dalam keadaan yang laju hingga menyebabkan berlakunya kemalangan di Lebuh Jalan Raya Utara Selatan (Plus) ke arah Melaka, Sabtu.

Advertisement

Menurut wanita itu, disebabkan kejadian yang berlaku, kenderaannya juga turut dirempuh dari belakang oleh kereta lain selepas Ikmal melanggarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ikmal Amry (@ikmalamry)

Dalam pada itu, Liana memberitahu mereka sekeluarga ketika itu dalam perjalanan ke Melaka bagi menyambut ulang tahun kelahiran ibu, namun tidak sangka ia bertukar menjadi satu tragedi hingga membuatkan ibunya masih dalam keadaan trauma dan kakak alami kecederaan ringan.

Apa yang membuatkan wanita terbabit berasa kesal dengan perangai Ikmal apabila dia seperti tidak mahu bertanggungjawab atas kesalahan memandu dengan laju hingga mengakibatkan kemalangan dan langsung tiada kata maaf daripada mulut pelakon itu.

Selepas kejadian kami berhenti di tepi jalan. Ikmal juga ada di situ. Dia langsung tak minta maaf malah dia yang pergi dahulu meninggalkan kami di sana.

Tambahannya lagi, semasa cubaan untuk menghubungi pelakon Ex Aku Pontianak itu, Liana memberitahu panggilannya diserahkan kepada bapa Ikmal bagi mewakili dirinya dan masih juga tiada permohonan maaf.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

abang bomba
2 years ago

"Wow N*nen!" - Video Abang Bomba Penuh Komen Wanita 'Gatal', Netizen Rasa Tak Selesa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...