“Dia Comel Dan Manja..” Noki K-Clique Tak Tolak Jika Berjodohan Dengan Fatin Afeefa

Hiburan

“Dia Comel Dan Manja..” Noki K-Clique Tak Tolak Jika Berjodohan Dengan Fatin Afeefa

Pernah digosipkan bercinta dengan pelakon Fatin Afeefa sebelum ini, Noki daripada kumpulan K-Clique tampil menjelaskan bahawa status mereka hanyalah sekadar teman rapat.

Fatin Afeefa
3 years ago

Nafi Bercinta, Fatin Afeefa Hanya Berkawan Rapat Dengan Noki K-Clique

Advertisement

Noki atau nama sebenarnya Ahmad Ikhwan Aji,27, dia mula rapat dengan Fatin Afeefa ketika merancang untuk bekerjasama dalam sebuah lagu namun tidak kesampaian atas sebab tertentu.

View this post on Instagram

A post shared by NOKI K-CLIQUE (@ikhwanlee94)

Kami memang kawan, saya kenal Fatin sebab kami rancang nak buat lagu, tapi ada sebab-sebab tertentu lagu itu tak jadi. Kami kadang-kadang saja berhubung, kadang-kadang komen di Instagram dan ya, boleh cakap kami rapat sebagai kawan.

Gosip percintaan itu mula muncul apabila keduanya dilihat kerap berbalas komen di Instagram.

Dalam pada itu, ketika ditanyakan mengenai Fatin Afeefa, Noki menganggap pelakon filem Tentang Bulan itu sebagai seorang yang comel dan manja.

Semua orang tahu kalau cakap Fatin tu comel dan bagi Noki dia manis, orang yang manja tapi kami cuma kawan. Kalau sudah itu ketentuan Allah kami dijodohkan saya tak boleh nak tolaklah.

Perkembangan terkini, Noki khabarnya akan muncul dalam drama arahan Suhaimi Lua berjudul Oh My Hantaran.

View this post on Instagram

A post shared by AFEEFA ? (@fatinafeefa)

Meskipun berasa janggal pada awalnya, namun kata Noki, perasaan itu dapat diatasi dengan bantuan dan tunjuk ajar daripada pengarah serta pelakon lain yang turut sama terlibat dalam penggambaran itu.

Selain Noki, drama Oh My Hantaran turut dibintangi Elisya Sandha, MK K-Clique, Alif Hadi dan Faizal Hussein.

Drama itu dijangka akan bersiaran pada November ini di saluran TV9.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...