“Dia Beli Daging Dijamin Halal Dekat Pasar Chow Kit,” Eleena Sui Pertahan Alicia Amin, Minta Netizen ‘Jawab Di Akhirat’

Hiburan

“Dia Beli Daging Dijamin Halal Dekat Pasar Chow Kit,” Eleena Sui Pertahan Alicia Amin, Minta Netizen ‘Jawab Di Akhirat’

Pengacara dan pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot, Eleena Sui tampil mempertahankan aktress dan model, Alicia Amin selepas dia dihentam hebat kerana menjual rendang yang diragui status halal oleh sesetengah netizen.

Advertisement

Mengimbas kembali, Alicia Amin yang menjual rendang dikecam hebat oleh warga net kerana pemakaian yang tidak sesuai. Selain itu, netizen juga mempersoalkan status halal daging yang digunakan Alicia kerana tidak selari dengan gaya hidup yang diamalkan model itu.

Berbalik kepada Eleena, menerusi laman twitter, pelakon itu tampil menjelaskan bahawa daging yang digunakan Alicia itu halal dan dibeli melalui pembekal yang dipercayai di Instagram dan juga pasar Chow Kit.

Dalam kicauan tersebut, Eleena menyertakan sekali tangkap layar perbualan antara Alicia dan pembekal daging tersebut untuk menempah daging.

Malah, dalam pada itu, Alicia juga turut membuat kebajikan yang tidak dikongsikan kepada orang ramai. Menurut Eleena, Alicia turut bersedekah kepada anak yatim seramai 100 orang.

“Ni lagi satu, dia juga sedekah kepada anak yatim seramai 100 pax, kau hado? Tulah, jangan dok kutuk je reti. Tengok diri sendiri dulu ya tuan tuan dan puan puan,”

 

Dalam pada itu, tiada kenyataan yang dikeluarkan oleh Alicia Amin ketika ini yang ada hanyalah permohonan maaf mengenai cara pemakaian dan tahap kebersihan ketika menyediakan juadah itu.

Sebagai netizen, berhati-hatilah dalam mengkritik kesalahan, barangkali ada kebaikan yang belum tentu dapat dilaksanakan oleh diri kita sendiri.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...