“Dia Bantu Lepas Tegur” – Rakan Sekerja ‘Back Up’ Prof, Dedah Ada Pihak Saja Buat Kontroversi?

Kehidupan

“Dia Bantu Lepas Tegur” – Rakan Sekerja ‘Back Up’ Prof, Dedah Ada Pihak Saja Buat Kontroversi?

Masih ‘panas’ di serata platform media sosial berkenaan pensyarah menghina serta mengherdik seorang pelajar dari golongan B40.

Sehubungan dengan perkara yang sudah tular itu, ramai netizen mengecam hingga mengeluarkan kata-kata kesat akibat terlalu marah dengan apa yang diperkatakan wanita itu terhadap pelajar yang juga merupakan anak yatim.

Advertisement

Melihat situasi semakin diluar kawalan, rakan pensyarah tampil membuat satu posting di Facebook berkata video yang ditularkan oleh rakan sekelas telah pun dipadam kerana sebenarnya hal itu berlaku sudah sekian lama.

Dalam pada masa yang sama, Dato Rusly Abdollah juga berkata ia berlaku kerana ada pihak yang sengaja ingin mencetuskan kontroversi serta mempunyai niat jahat untuk menjatuhkan reputasi pensyarah berkenaan.

Lihat pada perkongsiaan yang dibuat oleh pengguna Twitter baru-baru ini, pensyarah wanita itu telah bersara pada tahun 2020 dan lebih mengejutkan, pelajar tersebut difahamkan telah berjaya dari hasil teguran ‘pedas’ pensyarah itu.

komen twitter

Melihat dari tangkap layar yang dimuat naik semula, biarpun pensyarah terbabit mengeluarkan kata-kata yang agar kasar, selepas itu beliau telah bertanya mengenai bantuan apakah yang diperlukan untuk pelajar berkenaan kerana ingin memohonkan zakat buatnya.

Walaupun begitu, ada juga seorang individu menyatakan kenyataan tersebut tidak benar serta menegaskan saudaranya ada memasuki kelas pensyarah itu.

Oleh kerana itu, ada seorang lagi netizen membalas komen tersebut dengan mengatakan pensyarah itu sememangnya sudah berhenti pada asalnya, namun diambil kerja semula baru-baru ini.

uitm ambil tindakan keatas pensyarah
2 years ago

"Kejadian Berlaku Semester Lepas.." - UiTM Akan Ambil Tindakan Terhadap Pensyarah 'Herdik' Pelajar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...