“Dia Bahasakan Diri ‘Aku Kau’ Dengan Bapa Aku, Kata Bapa Tak Pandai Ajar Anak”

Trending

“Dia Bahasakan Diri ‘Aku Kau’ Dengan Bapa Aku, Kata Bapa Tak Pandai Ajar Anak”

Sekiranya ibu bapa anda dimarahi orang di khalayak ramai, kalau tidak banyak pun, pasti sedikit kejadian seperti itu meninggalkan bekas di hati anda. Apatah lagi jika ibu bapa anda diherdik dan bahasa yang digunakan pula ialah ‘kau’ dan ‘aku’ oleh seorang yang lebih muda.
polisbantAN

Mungkin itu juga yang berlaku pada adik kepada mangsa yang dihalau dari masjid kerana tidak memakai tudung oleh seorang polis bantuan.

Advertisement

Melalui akaun Twitternya, @miaismaeel telah menceritakan mengenai kejadian tersebut. Mia ialah adik kepada wanita yang terpaksa berhujan di luar masjid setelah dihalau oleh polis bantuan  dalam kejadian di sebuah hospital kerana tidak memakai tudung ketika berteduh dari hujan dan petir.



Namun begitu, Mia juga ditegur segelintir pengguna Twitter kerana menggunakan bahasa kesat sewaktu bercerita mengenai kejadian tersebut.

Bapanya yang diherdik dalam kejadian itu telah membuat laporan dan esok, akan membuat kawad cam untuk mengesahkan identiti polis bantuan tersebut.

Ini ialah gambar yang ditweet oleh Mia, didakwa sebagai gambar polis bantuan yang mengherdik bapanya.


Mia juga mengucapkan terima kasih kepada pihak polis bantuan yang telah bermesyuarat sejak semalam untuk mencari penyelesaian terhadap kes yang viral tersebut.

Majoriti Netizen menganggap tindakan polis bantuan tersebut melampau kerana dia sepatutnya menggunakan pendekatan berhemah untuk menegur dan mengamalkan sikap timbang rasa kerana masjid itu ialah rumah Allah, bukan rumahnya.

Namun begitu, ada yang menyalahkan kakak Mia kerana tidak bertudung ketika berada di masjid dan mengatakan wanita itu sepatutnya mencari dan mengenakan telekung yang ada di situ.

Perkongsian mangsa di laman Facebook kini telah mendapat lebih 19,000 likes dan 16,000 shares.-amazingnara.com

Sumber: TOT, miaismaeel

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...