“Dia Adalah Teman Lelaki Saya” – Alya Iman Dedah Kini Bercinta Dengan Lelaki Anak Dua

Hiburan

“Dia Adalah Teman Lelaki Saya” – Alya Iman Dedah Kini Bercinta Dengan Lelaki Anak Dua

Mengesahkan foto bersama seorang lelaki yang tersebar di laman sosial itu adalah teman lelakinya, Ridhwan Rosli, pelakon baharu Alya Iman menyatakan lelaki terbabit sudah mempunyai dua orang cahaya mata hasil dari perkahwinan sebelum ini.

alya iman bercinta dengan lelaki anak dua

Advertisement

Bagai tidak putus ditimpa kontroversi dan caci maki netizen, Alya sekali lagi muncul dengan perkhabaran baharu.

“Ya betul dia adalah teman lelaki saya. Nama dia Ridhwan Rosli. Dia sudah mempunyai dua orang cahaya mata iaitu seorang anak perempuan berusia lima tahun dan seorang anak lelaki, tiga tahun hasil daripada perkahwinan sebelum ini.”

Seakan mahu mengambil langkah berjaga-jaga, Alya kini seakan mengambil pendekatan untuk tidak terlampau mendedahkan mengenai kisah percintaan mereka.

alya iman bercinta dengan lelaki anak dua

“Kalau ada rezeki dan kalau ada yang nak dikongsikan saya akan kongsikan. Sekarang ini terlalu awal untuk kata apa-apa. Saya akan cuba untuk keep it personal tentang hubungan saya dengan Ridhwan.”

Menurut Alya lagi, beliau tidak akan sembunyi sekiranya mempunyai perancangan untuk berkahwin kelak.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Alya mendakwa dirinya sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan berstatus suami orang. Kenyataan itu tercetus selepas isteri individu tersebut yang dikenai sebagai Penny Salman membongkar hubungan sulit suaminya dengan Alya.

alya iman bercinta dengan lelaki anak dua

Namun, seorang individu yang mengakui sebagai kakak Alya memaklumkan bahawa segala kenyataan yang dikeluarkan Alya mengenai berita pertunangannya adalah tidak benar.

Rentetan itu, Alya sehingga kini bagai tidak lekang dihina dan dimaki oleh warganet susulan tindakannnya yang dilihat seolah tidak menyedari akan hakikat sebenar.

Bagaimanpun, Alya telah memohon maaf secara terbuka di laman Instagramnya semalam berikutan isu berkenaan.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...