Di Mana Anda Mem’bawang’?

Hiburan

Di Mana Anda Mem’bawang’?

Sudah tentu ramai yang tertanya-tanya apakah maksud sebenar perkataan “membawang” yang amat viral ini. Meh sini Abang Nara ceritakan. Sejarahnya adalah zaman dahulu bila kerja kahwin sangat popular dengan rewang atau buat kerja kenduri secara berkumpulan.

Salah satu aktiviti popular ketika merewang adalah mengupas/memotong bawang. Sambil mengupas dan memotong bawang, makcik-makcik yang terlibat akan tentang isu semasa, kisah ana-anak, jiran-jiran dan juga artis tempatan.

Advertisement

image

Ketika itu kalau nak membawang kena face to face, namun atas kecanggihan teknologi sekarang, aktiviti ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Tak payah nak tunggu kenduri. Antara tempat terkini “membawang” dilakukan ialah:-

1. Whatsapp

image

Ternampak jiran sebelah beli kereta baru? Atau nampak anak jiran keluar rumah berkaki ayam tanpa dipantau sesiapa? Dengan hanya satu butang di Whatsapp, segala berita terkini di kawasan kejiranan anda boleh dilaporkan dengan segera. Anda boleh menaip, hantar voice note dan juga hantar gambar untuk menghebatkan lagi “bawangan” anda itu. Terbaik bukan?

2. Facebook

image

Fuh. Benda yang paling seronok dilakukan ketika ada sebarang isu viral ialah membaca komen daripada geng-geng makcik bawang di Facebook. Memang power sungguh kata-kata yang mereka tulis. Pedih, pedas dan menusuk jiwa. Siap boleh bergaduh lagi dalam tue.

3. Instagram/Instastory

image

Geng-geng remaja sekarang mem’bawang’ dengan lebih canggih menerusi Instagram. Masing-masing tak mengalah muatnaik Instastory untuk tatapan orang lain. Itu belum kira ‘pergaduhan’ yang sering berlaku di kalangan penyokong dan juga ‘haters’ sesetengah artis. Kadang-kadang komen sampai berpuluh-puluh ribu semata-mata tak puas hati dengan jenis tudung yang dipakai oleh selebriti tersebut. Membawang memang mengasyikkan!!!

4. Baca BeautifulNara

image

Sudah tentu blog BeautifulNara ini sendiri sudah menjadi satu tempat untuk para pembaca ‘membawang’ para selebriti tempatan. Komen sampai ratusan sebab tidak berpuas hati dengan apa yang dilakukan oleh mereka. Kadangkala ada komen yang bernas dan masuk akal, tetapi ada pihak yang tak bersetuju. Habis digaduhnya di ruangan komen. Namun itulah yang menceriakan dan membezakan blog BeautifulNara ini berbanding laman-laman web yang lain.

Banyak lagi sebenarnya tempat-tempat dan cara-cara untuk membawang di zaman penuh canggih ini. Namun kesemua ini hanya boleh dilakukan sekiranya anda mempunyai data Internet yang secukupnya. Jangan tengah syok-syok membawang tiba-tiba data habis. Memang potong ‘stim’. Sebab itulah Digi kini muncul dengan plan Internet Cili Padi mereka yang super duper marvelous!!!

image

Dengan hanya RM2, kita boleh dapat Internet 10GB. Diulangi sekali lagi, “RM2 = 10GB”. Banyak nak mampus!!! Ada 4 pilihan yang ditawarkan di dalam Internet Cili Padi ini. Semuanya berbaloi-baloi. Pilih je mana satu korang nak.

image

Diulangi sekali lagi, RM2 = 10GB internet. Confirm cukup kalau anda nak membawang dari tengah malam sampai ke subuh. Bosan-bosan membawang boleh layan YouTube ke, Netflix ke ataupun main Mobile Legend. Kalau nak up satu lagi level membawang, boleh cuba membawang sambil buat Bigo Live. Fuh. Itu memang power!!!

e1c5c4447911a41113366181d421485d

Jadi tunggu apa lagi? Teruskan aktiviti membawang anda bersama Internet Cili Padi Digi yang boleh dibeli menerusi applikasi MyDigi (download di sini ). RM2 10GB beb. Rugi kalau tak membawang hari nie!!! Selamat mencuba. Maklumat lanjut layari www.digi.com.my.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...