Derita Anak Hidap Ekzema, Ibu Ini Kongsi Tip Penjagaan Dan Rawatan Berkesan

Gaya Hidup

Derita Anak Hidap Ekzema, Ibu Ini Kongsi Tip Penjagaan Dan Rawatan Berkesan

Memiliki permata hati yang menghidap penyakit kulit seperti ekzema dan alergi pastinya membuatkan ibu bapa kadang-kadang berasa buntu dengan masalah yang dihadapi.

Seperti perkongsian daripada Puan Zuriah yang dipetik daripada majalah Pa&Ma, di mana dia ada berkongsi pengalaman memiliki anak yang menghidap penyakit ekzema teruk sejak umurnya  mencecah usia 3 bulan.

Advertisement
anak ekzema tipsSumber : Majalah Pa&Ma  

Menurut Zuriah, kesabaran yang sangat tinggi diperlukan ketika menjaga anak yang memiliki ekzema kerana mereka tidak boleh ditinggalkan bersendirian dalam tempoh yang lama kerana akan mula menangis dan menggaru sehingga cedera.

Dia juga berkongsi beberapa tips kepada ibu bapa di luar sana yang tidak mempunyai pengalaman dalam penjagaan anak ekzema dan alergi.

1. Kebersihan

Perkara paling utama buat mereka yang mempunyai anak yang menghidap penyakit kulit adalah dengan memastikan rumah sentiasa bersih. Pastikan rumah bebas habuk, tukar sarung bantal dan cadar dengan kerap. Penggunaan karpet adalah tidak disarankan kerana karpet merupakan tempat utama memerangkap habuk.

2. Kuku sentiasa dipotong pendek

Kuku anak hendaklah sentiasa dipotong pendek kerana kulit akan mudah luka apabila mereka mula menggaru.

3. Pelembap disapu dengan kerap

Kulit kering yang dihadapi anak perlulah dilembutkan dengan penggunaan pelembab bagi mengelakkan berasa gatal dan tidak selesa.

pelembapSumber : Google  

Pelembap haruslah disapu dengan lebih kerap terutamanya jika anak sentiasa berada dalam bilik berhawa dingin. Pastikan pelembap yang disapu sesuai dengan anak dan sebaiknya pilih jenis yang berasaskan bahan semula jadi.

4. Ubah diet pemakanan

Ambil maklum makanan yang tidak boleh dimakan oleh anak dan mendatangkan alergi. Ibu bapa boleh membuat ujian alahan di klinik atau lakukan ujian sendiri dengan menggunakan teknik 4-days rule.

diet pemakanan anak ekzemaSumber : Google  

4-days rule merupakan proses di mana ibu hanya memperkenalkan satu jenis makanan dalam satu-satu masa, seperti contoh makanan berasaskan ayam untuk 3 hari pertama dan hari ke-4, barulah ditukar kepada menu yang lain.

Ini berikutan ekzema dan elergi mempunyai perkaitan yang kuat, di mana anak yang tersilap makan boleh menyebabkan ruam semakin teruk.

Kebiasaannya makanan yang menjadi alahan kepada penghidap ekzema adalah seperti kekacang, telur, gandum dan produk tenusu.Sebaiknya, pilih makanan organik dan elakkan makanan proses dan tinggi gula serta garam.

5. Balut

Balut kulit di bahagian ekzema dengan kain kapas yang bersih selepas menyapu pelembap dan krim. Ia dapat membuatkan anak berasa lebih selesa dan kurang aktiviti menggaru.

Pakaikan tangan anak dengan sarung tangan dari fabrik lembut seperti sutera bagi mengelakkan luka teruk.

6. Kurangkan aktiviti dalam cuaca panas.

7. Pilih pakaian yang selesa dan tidak tebal bagi mengelakkan peluh berlebihan.

8. Produk penjagaan kulit

Produk penjagaan kulit dan mandian perlulah bebas daripada pewarna, pewangi sintetis dan bahan merbahaya. Sebaiknya pilih sabun mandi, krim dan pelembap yang diperbuat daripada bahan semula jadi bagi mengelakkan radang kulit.

Semoga bermanfaat!

anak picky eater cara atasi
5 bulan lalu

Anak 'Picky Eater' Sampai Mak Pun Dah Jadi Hulk? Jom Amalkan Tips Mudah Ini!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...