Dengar Alunan Selawat Zizi Kirana, Peminat Mahu Peluk Islam

Hiburan

Dengar Alunan Selawat Zizi Kirana, Peminat Mahu Peluk Islam

Mengetahui ada peminatnya yang bukan beragama Islam tertarik untuk memeluk Islam selepas mendengar dan menghayati dendangan selawatnya, Zizi Kirana zahirkan rasa tersentuh.

zizi kirana

Advertisement

Menurut laporan Harian Metro, Zizi difahamkan tidak dapat menggambarkan perasaannya selepas membaca komen peminatnya itu kerana maknanya terlalu besar buat dirinya.

“Ketika membaca komen itu, terus saya ucapkan Alhamdulillah dan Allahuakbar. Tak pernah saya terima komen sebegini dan sejujurnya, hati saya sangat tersentuh.”

Dia bersyukur dan tidak menyangka lagu selawat yang dirakamnya sendiri dengan hanya menggunakan telefon pintar dapat menyentuh dan membuka hati orang yang mendengar.

Zizi juga turut berkongsi berita berkenaan bersama peminatnya di Instagram story malah turut menegaskan bahawa perkara itu bukan bertujuan untuk membangga diri.

zizi kirana

“Saya kongsikan bukan kerana saya nak membangga diri atau apa, sebaliknya saya nak kongsikan dengan pengikut saya di Instagram bahawa ada benda yang kita rasakan kecil sebenarnya besar nilainya buat orang lain.”

Peminat tersebut dikatakan benar-benar menghayati setiap perkataan di dalam selawat itu dan turut berkongsi bahagian selawat yang disukainya. Zizi juga turut menyertakan lirik dalam bahasa Melayu dan juga bertulisan rumi bagi memudahkan orang yang mendengar mendendangkannya bersama.

zizi kirana

Zizi berkata dia berkongsi video itu bersesuaian dengan sambutan Nuzul Al-Quran dan bulan Ramadan. Pada awalnya, dia turut berbincang dengan pengurusnya sama ada wajar atau tidak untuk berkongsi video itu di YouTube.

Menurutnya ia adalah perkara yang baik untuk dikongsikan, sama ada orang akan mendengar atau tidak, itu adalah perkara kedua.

Dalam masa yang sama, Zizi turut bersedih kerana pada hari yang sama seorang peminat yang rapat dengannya dari Indonesia, telah meninggal dunia.

Sumber: Harian Metro

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...