November 27th, 2019

Kecoh di media sosial apabila Da’i Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad memuat naik kenyataan mengejut bahawa dia sudah berkahwin kali kedua dengan seorang doktor yang juga ibu tunggal anak lapan.

da'i farhan kahwin janda

Isu itu menarik perhatian ramai, lebih menggemparkan ada individu mendakwa Farhan sebenarnya berkahwin secara rahsia tanpa mendapat izin dan persetujuan daripada isteri pertamanya yang kini sarat mengandung anak kedua mereka.

Individu itu yang merupakan seorang perunding kewangan menulis surat terbuka menerusi laman Facebook, menyatakan perkahwinan pendakwah bebas itu tidak direstui keluarga dan isteri pertamanya.

isteri pertama dai farhan

Enggan dirinya terus dikecam netizen, Farhan akhirnya tampil membuka mulut menjelaskan perkara sebenar.

Fitnah mungkin kerana dendam?

dai farhan dendamdai farhan dendam

Memuat naik bukti perbualan WhatsApp antara isteri pertamanya dan perunding kewangan tersebut, Farhan menjelaskan berkemungkinan kerana dia tidak memberi izin kepada isterinya untuk membeli rumah dengan perunding kewangan tersebut, menjadi punca wanita itu menyebarkan berita tidak benar mengenai pernikahannya.

Farhan dan isteri keduanya diijabkabulkan di Tanah Suci Makkah ketika menunaikan umrah beberapa bulan lalu. Pasangan ini kemudiannya telah mengadakan majlis resepsi sekitar Oktober lepas di Hamshire Flora Terrace, Kuala Lumpur.


35 responses to “Dendam Sampai Viralkan Perkara Fitnah – Da’i Farhan Jelas Kontroversi Kahwin Janda”

  1. Anonymous says:

    he’s the mannnn

  2. suzikon says:

    setuju

  3. Edith Eden says:

    Ko boleh ye sesuka hati gelar org dick head. Manusia akhir zaman, tak tahu hujung pangkal cerita berani nak jadi keyboard worrior dgn mengeluarkan kata2 kesat. Yakin ke apa yg ko komen ni malaikat tak catat. Ko tinggal serumah tidur sekatil dgn dia ke sampai berani nak kluarkan statement mcm ni. Bawang ranger betul la ko ni? Ko jgn ingat kalau farhan tak kenal ko, ko tak payah mintak maaf dgn dia. Ko x nak mintak maaf skarang, ko sanggup ke nak bersusah payah kat akhirat nnt cari dia utk minta maaf? Makcik bawang oooiii…. kalau ko x de ayat yg baik utk komen, baik senyap. Tak yah komen. Kalau x tau hujung pangkal cerita tak yah nak masuk campur dgn hal org.

  4. Crazy pauper ustad says:

    By the looks of the message i think she was threatened by the husband! God knows what she had to went through with this Psychotic dick head!

  5. Yekeni says:

    Waiting for the day when a man actually says, aku memang nafsu besar. Susah nak tundukkan mara bila nampak perempuan lain. Nafsu naik. Nak tengok buah buahannya. Epal ke? Mangga ke? Semangka ke? Nak rasa mcm mana bila berwrestling. Dah jelak dgn bini. Bini tak setuju, aku peduli apa. Nafsu ku jln dulu. Say it as is. Don’t use agama as a cover. Despicable!!

Loading...