Demi ‘Content’, Ibu Sanggup Biarkan Anak Bergaduh Tarik Rambut Sampai Menangis

Kehidupan

Demi ‘Content’, Ibu Sanggup Biarkan Anak Bergaduh Tarik Rambut Sampai Menangis

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan adik-beradik sedang bergaduh dan ianya dimuat naik sendiri oleh si ibu di platform TikToknya untuk dipertontonkan untuk orang ramai.

Melalui video berdurasi 11 saat itu, jelas terlihat dua adik-beradik itu sedang bergaduh sambil menarik rambut satu sama lain hinggakan salah seorang dari mereka menangis.

Advertisement

Namun, apa yang membuatkan video terbabit mendapat perhatian ramai adalah si ibu langsung tidak mengambil sebarang tindakan semasa mereka bergaduh.

rakam anak bergaduh

Difahamkan dari laporan Kosmo, rata-rata netizen yang meninggalkan komen mengecam tindakan si ibu dan menganggap wanita itu sengaja biarkan situasi itu berlaku atas sebab content semata-mata.

Dalam pada masa yang sama, ada juga berkata ibu bapa perlulah bertanggungjawab untuk menegur anak-anak jika berkelakuan seperti itu dari merakam keadaan terbabit.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

BACA: “Pergi Blah Dengan Kau Punya Halal” – Wanita Curi Makan ‘Foodpanda’ Orang Lain Ketika Teman Ibu Di Hospital

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...