Demi ‘Content’, Ibu Buat ‘Challenge’ TikTok Abai Emosi Anak, Ahli Terapi Kanak-Kanak Beri Teguran

Dunia

Demi ‘Content’, Ibu Buat ‘Challenge’ TikTok Abai Emosi Anak, Ahli Terapi Kanak-Kanak Beri Teguran

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, video yang dimuat naik oleh seorang Ahli Terapi Kanak-Kanak dari Amerika Syarikat dikenali sebagai Ryan Allen yang memberi teguran kepada seorang ibu yang membuat video challenge TikTok terhadap anak lelakinya.

Menerusi video tersebut, dilihat ibu kanak-kanak itu menyembur air kepada anak lelakinya walaupun diminta untuk berhenti berkali-kali sehingga anaknya itu menangis.

Advertisement

Lebih menyedihkan apabila ini bukan kali pertama ibu kanak-kanak itu membuat video challenge seperti itu. Malah, terdapat 2 – 3 video dimana dia sengaja membuat anaknya itu menangis demi meraih views yang tinggi.

ryan

That’s a lot of spray mommy, you’re wetting me mommy, stop it!

Menurut Ryan, tindakan ibu tersebut tidak wajar kerana seperti mengendahkan permintaan anaknya supaya berhenti menyembur air, malah mentertawakan anaknya sehingga anaknya mula menangis.

Walaupun dalam bentuk gurauan, tetapi content sebegini seperti ‘mengajar’ anak-anak bahawa suara dan pendapat mereka tidak penting dan tidak didengari.

Ibu bapa seharusnya menghormati keputusan dan permintaan anak-anak. Suara anak lebih penting dari views.

@preschooltherapy

Original video: @Bramty can we teach kids that their voice is more important than views. #childmentalhealth #preschooltherapy #parentduet #gentleparenting #childtherapist #parentsoftiktok

? original sound – Ryan Allen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa sedih dan kecewa dengan tindakan ibu tersebut yang seolah-olah mengabaikan emosi anaknya dan ada juga yang menganggap tindakan itu tiada bezanya dengan membuli.

“Jangan gunakan anak-anak untuk content!,” tulis seroang pengguna TikTok.

Depressed budak tu satgi. Besar sok macam-macam masalah dia, parents akan claim dah buat yang terbaik,” tulis seorang lagi pengguna Twitter.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Kanak-kanak terbiar
2 years ago

Empat Kanak-Kanak Tinggal Di Rumah Flat Penuh Sampah, Tak Makan Tiga Hari

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...