Demam Bola 4 Tahun Sekali, Ini 5 Isu Bakal Timbul Jika Malaysia Terpilih Jadi Hos Piala Dunia

Kehidupan

Demam Bola 4 Tahun Sekali,  Ini 5 Isu Bakal Timbul Jika Malaysia Terpilih Jadi Hos Piala Dunia

Kehangatan bola sepak Piala Dunia yang berlangsung pada ketika ini pastinya dirasai peminat bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia.

Acara yang berlangsung 4 tahun sekali ini menyaksikan pemain bertaraf dunia beraksi untuk negara masing-masing dan sememangnya ditunggu-tunggu mereka yang meminati sukan ini.

Advertisement

world cup qatar

Untuk edisi kali ini, Piala Dunia diadakan di Qatar dan untuk tahun 2026 pula, ia akan diadakan di 3 negara iaitu Amerika Syarikat, Kanada dan juga Mexico.

Namun, jika Piala Dunia diadakan di Malaysia, negara mungkin berhadapan dengan beberapa isu seperti yang dialami negara Qatar pada ketika ini berikutan penganjurannya yang kompleks disebabkan oleh kepelbagaian budaya, agama dan undang-undang.

Di bawah merupakan 5 isu yang mungkin wujud jika Malaysia terpilih untuk menganjurkan temasya sukan Piala Dunia berprestij itu.

1.Isu Boikot

Negara Qatar yang merupakan negara Islam mungkin meletakkan Malaysia di situasi yang sama kerana meskipun kita menerima perbezaan agama namun tetap tegas dalam isu keterbukaan seperti LGBTQ seumpamanya.

Sebagai contoh, Qatar memilih untuk terus mengangkat nilai masyarakat Islam ketika penganjuran Piala Dunia yang sepertinya tidak selari dengan ‘pandangan majoriti’ masyarakat dunia.

2. Isu Pekerja Asing

Negara Malaysia menjadi tumpuan apabila menyentuh isu-isu pekerja asing kerana kelonggaran undang-undang kita dalam memantau hak pekerja asing yang masuk secara sah dan haram.

Pekerja asing

Seperti sedia maklum, penganjuran Piala Dunia memerlukan negara untuk menyediakan fasiliti yang baik dan sekaligus memerlukan kemasukan lebih ramai pekerja asing ke dalam negara kita.

Situasi tersebut pastinya akan mengundang pelbagai kritikan bukan sahaja pemerhati daripada luar negara malah daripada rakyat negara kita sendiri.

3. Pengiktirafan Hak Pelarian

pelarian

Sehingga ke saat ini, kerajaan Malaysia masih lagi tidak mengiktiraf Konvensyen Pelarian 1951 PBB dan ia membuatkan negara ditekan oleh negara luar yang lain.

Ia sekaligus akan menjadi modal utama masyarakat luar untuk dijadikan serangan bagi memboikot negara Malaysia sebagai penganjur Piala Dunia.

4. Kemudahan dan Pengangkutan Awam

Malaysia

Besar kemungkinan negara masih belum mampu menampung kehadiran pengunjung luar dari seluruh dunia gara-gara tahap kualiti kemudahan dan pengangkutan awam yang masih lemah dan tidak efisien pada ketika ini.

5. Isu Arak dan LGBTQ

Jika dilihat kepada situasi di Qatar pada ketika ini, dua isu ini menjadi hangat gara-gara negara itu bertegas dalam mengamalkan prinsip untuk tidak membenarkan isu penjualan arak dan kebebasan amalan LGBTQ.

Isu ini mungkin akan timbul jika Malaysia mengamalkan prinsip yang sama selain keengganan ramai pengunjung untuk mengikuti arahan dan undang-undang yang ditetapkan lalu menjurus kepada isu boikot dan sebagainya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

BACA: Stress Dengan Kerja, Ini 3 Lokasi Best Anda WAJIB Pergi Untuk Day Trip!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...