Demam Black Friday Semakin Memuncak!!! Promosi Dari Picodi Ini Pasti Buat Anda Tak Senang Duduk

Hiburan

Demam Black Friday Semakin Memuncak!!! Promosi Dari Picodi Ini Pasti Buat Anda Tak Senang Duduk

Black Friday adalah satu ungkapan yang sungguh asing buat rakyat Malaysia pada satu ketika dahulu. Namun kini, rata-rata pelanggan setia jenama terkemuka seperti Sephora, Harvey Norman, Shopee, Adidas, Cotton On dan La Senza (dan banyak lagi) ternanti-nanti akan ketibaan Black Friday pada tanggal 24 November ini. Masa ini kita semua berpeluang merebut barangan kegemaran pada harga yang JAUH lebih rendah berbanding biasa.
picodi
Setiap tahun ketika Black Friday, pembeli dengan pelbagai gelagat memenuhi ruangan kedai-kedai di pusat-pusat membeli belah terkemuka. Ada yang sanggup beratur panjang dan datang lebih awal untuk mendapatkan barangan yang dihajati mereka. Tidak kurang juga mereka sanggup bersesak-sesak semata-mata untuk mendapatkan diskaun dan harga durian runtuh yang ditawarkan oleh peniaga. Memang macam pasar malam. Semua kedai penuh dengan manusia yang ingin merebut peluang sekali setahun ini.
picodi

Fenomena Black Friday ini tercetus di Amerika Syarikat dan kini telah menular ke seantero dunia seperti Brazil, Perancis, Belanda, Sepanyol, Jerman, Itali, Sweden dan United Kingdom. Malaysia juga tidak terkecuali mengalami demam Black Friday ini. Namun cara rakyat Malaysia merebut peluang Black Friday ini lain sikit. Kita tak adalah nak beratur bersesak-sesak, berebut sana sini. Sebaliknya rata-rata rakyat Malaysia mengambil peluang untuk membeli-belah secara online kerana pelbagai laman sesawang memberikan diskaun tak masuk akal pada hari tersebut.

Advertisement

picodi

Salah satu laman sesawang yang menawarkan diskaun dan promosi AWESOME bersempena Black Friday ini ialah www.picodi.com. Di Picodi mereka memberikan kod promosi dan tawaran diskaun kepada semua pelanggan setia mereka. Untuk mendapatkan kod promosi, anda hanya perlu melawati laman sesawang yang diminati, dan masukkan produk pilihan ke dalam troli / bag membeli belah. Apabila anda ingin mendaftar keluar, disitulah anda akan memohon kod kupon Picodi. Masukkan kod kupon tersebut untuk mendapat ganjaran diskaun anda.

picodi

Pastikan juga anda tidak terlepas tawaran hebat di www.picodi.com yang boleh didapati menerusi pautan “Get The Deal”. Kat sini memang macam-macam tawaran ekslusif yang tidak ada di tempat lain. Contohnya seperti barangan elektronik, pakaian, buku, kosmetik, dan macam-macam lagi!

picodi

Jadi tunggu apa lagi? Rebutlah peluang setahun sekali bersempena Black Friday ini di Picodi . Inilah peluang untuk anda mendapatkan barangan kegemaran, pergi bercuti, beli hadiah untuk keluarga dan sebagainya. Jangan lupa LIKE Facebook Picodi sebab mereka akan update diskaun dan tawaran terkini di situ. Selamat membeli-belah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...