Demam “Black Friday” Kini Mula Menjangkiti Rakyat Malaysia

Hiburan

Demam “Black Friday” Kini Mula Menjangkiti Rakyat Malaysia

Kalau dulu, ramai rakyat Malaysia yang tidak mengetahui kewujudan hari “Black Friday” yang begitu popular di Amerika Syarikat. Namun kini, rata-rata rakyat Malaysia yang gilakan “online shopping” ternanti-nanti kehadiran “Black Friday” yang jatuh pada bulan November kerana ia menawarkan pelbagai diskaun untuk pelbagai jenis barangan serta jenama terkemuka.

black friday

Advertisement

Mengikut statistik terkini, sebanyak 20.11 peratus rakyat Malaysia membeli belah secara online bersempena dengan “Black Friday” pada tahun 2017. Secara purata, rakyat Malaysia akan membelanjakan sehingga RM160 ke atas barangan seperti pakaian, elektronik, dan kasut sepanjang tempoh “Black Friday” berlangsung. Angka ini dijangka akan meningkat berkali ganda pada tahun 2018 ini, lebih-lebih lagi apabila laman-laman web di bawah turut sama akan menawarkan pelbagai diskaun menarik bersempena “Black Friday” yang akan menjelma tidak lama lagi:-

1) Nike
Sekiranya anda ingin mencari peralatan sukan, jangan lepaskan peluang untuk melawati laman web Nike yang cukup popular ini. Nike tidak ketinggalan di dalam penawaran diskaun bersempena dengan “Black Friday”. Tawaran diskaun sehingga 25 peratus ke atas barangan seperti kasut, pakaian, aksesori, dan banyak lagi sudah pasti tidak boleh dilepaskan. Pada tahun 2018 ini, diskaun bersempena dengan “Black Friday” akan diadakan dari 23 November sehingga 26 November. Sebagai tambahan kepada diskaun “Black Friday” tersebut, Nike juga ada menawarkan kod promosi ke atas barangan seperti kasut dan pakaian. Awesome bukan?

2) Uniqlo
Uniqlo pula akan menawarkan diskaun bersempena dengan “Black Friday” pada 23 November sehinigga 25 November pada tahun ini. Para pelanggan dijangkakan akan menikmati diskaun yang hebat ke atas barangan seperti pakaian dan aksesori. Ini termasuklah baju, hoodies, blaus, dan bermacam lagi. Dapatkan perkembangan terkini diskaun di Uniqlo dengan mendaftar sebagai ahli Uniqlo secara online dan layari media sosial rasmi Uniqlo. Inilah masanya untuk anda membeli stok pakaian untuk dipakai sepanjang tahun 2019 pada harga yang amat berpatutan.
black friday

3) Sony
Teringin nak beli PS4 tetapi harganya agak mahal pada pandangan anda? Ha, jangan lupa untuk melawat laman web Sony yang akan menawarkan diskaun hebat kepada barangan elektronik yang bermutu tinggi seperti televisyen, cermin mata, kamera, dan banyak lagi. Bagi seorang kaki gamer, ia merupakan satu lubuk emas di mana harga sebuah Playstation 4 (PS4) jatuh merudum apabila berlangsungnya “Black Friday”. Sony pernah menawarkan diskaun sehingga 40 peratus pada “Black Friday” yang lepas ke atas produk-produk yang tertentu. Pada tahun ini, diskaun “Black Friday” Sony hanya akan ditawarkan selama 24 jam pada 23 November. Jadi silalah tandakan tarikh tersebut pada kalendar anda.
black friday
4) Expedia Malaysia
Laman web yang membandingkan harga hotel, tiket penerbangan, dan kemudahan semasa melancong juga turut tidak ketinggalan dalam menawarkan diskaun sempena “Black Friday”. Expedia Malaysia menawarkan diskaun sehingga 90 peratus apabila pelanggan menggunakan kupon diskaun semasa membuat pembayaran sepanjang tempoh “Black Friday” berlangsung. Pada tahun ini, peristiwa tersebut akan diadakan bermula dari 23 November sehingga 27 November. Kalau anda seorang kaki travel, inilah peluang keemasan untuk mendapatkan tiket kapal terbang, penginapan, dan pelbagai lagi pada harga runtuh.
black friday

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang “Black Friday” ini, boleh layari https://black-friday.global/en-my/ yang mempunyai informasi lengkap tentang promosi shopping paling awesome ini. Apa-apa pun jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan barangan idaman anda sepanjang “Black Friday” ini berlangsung. Confirm dapat jimat kaw-kaw punya. Selamat membeli-belah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...