Penyanyi BBNU tidak dinafikan memang menjadi kegilaan ramai terutama sekali golongan remaja, iyalah zaman sekarang asalkan ada rupa memang boleh popular. Namun, adakah mereka mempunyai kualiti tersendiri?
Itulah juga persoalan yang bermain di minda pelakon Syazwan Zulkifly yang meluahkan pendapat mengapa penyanyi baharu tidak mampu untuk menyampaikan lagu dengan baik ketika secara langsung. Jauh sangat bezanya berbanding dengan apa yang beliau dengar di radio.
Syazwan menasihati agar penyanyi baharu belajar dahulu teknik menyanyi dengan betul dan mengikut kelas vokal untuk memantapkan lagi persembahan mereka. Buat beliau, kualiti itu lebih penting daripada kuantiti.
Apa yang dikatakan Syazwan itu dipercayai sebagai kritikan buat penyanyi Sufian Suhaimi. Terdahulu, peminat Sufian juga mengakui kecewa dengan kualiti nyanyian beliau di pentas separuh akhir Muzik-Muzik 33. Bukan sahaja suara sumbang tetapi tiada penghayatan langsung.
Mungkin teguran Syazwan itu ada sedikit ‘keras’ tetapi tidak dinafikan kata-kata beliau itu ada betulnya. Harap pihak yang berkenaan dapat menerima segala kritikan dengan terbuka.