Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Dejavu Di Kinabalu Tiru Drama Korea Summer Scent?

Seperti biasa, semalam Abang Nara membaca Pancaindera untuk mengetahui perkembangan dunia hiburan Malaysia. Antara banyak artikel yang dikeluarkan, Abang Nara tertarik dengan tulisan Joyah Spot yang bertajuk “Dejavu Kinabalu ‘tiru’ Summer Scent?. Ini kerana sebelum ini memang Abang Nara ada menerima email daripada pembaca BeautifulNara yang menyatakan persamaan dua drama ini.

dejavu di kinabalu

Advertisement

Abang Nara petik sedikit tulisan Joyah Spot mengenai persamaan drama ini:-

Memang sahlah, Dejavu Kinabalu sama dengan Summer Scent, bukan sahaja ceritanya tapi plotnya pun sama. Joyah boleh kata macam tukar orang Korea dengan orang Melayu sahaja. Tukar tempat di Korea dengan tempat di Sabah.

Joyah sangat yakin persamaan ini, bab pindah jantung itu memang ketara sangatlah. Joyah tanya beberapa orang kawan yang juga ?kaki drama Korea”, mereka pun kata begitu juga.

Skrip drama Dejavu Kinabalu ditulis oleh Erma Fatima. Ada orang kata mungkin secara kebetulan, ceritanya sama. Joyah tak menolak bab itu. Tapi persamaan cerita berbeza dengan persamaan plot. Takkan plot pun secara kebetulan juga?

Joyah tak menuduh Dejavu Kinabalu ciplak Summer Scent. Cuma Joyah hairan kenapa persamaannya terlalu terperinci sangat. Kalau ada yang kurang percaya cakap Joyah, silalah tonton Dejavu Kinabalu dan ingat kembali Summer Scent.

Abang Nara tak sempat tengok drama Dejavu Di Kinabalu namun sebelum ini memang sudah layan drama Summer Scent. Sememangnya ada plot pemindahan jantung berlaku. Adakah Erma Fatima tidak sengaja atau sememangnya terpengaruh dengan drama Summer Scent semasa menulis skrip dramanya ini? Sama-sama kita nantikan penjelasan daripada Erma Fatima berkaitan hal ini.

dejavu di kinabalu

PS : Korang semua mungkin sudah tahu quality hangbag buatan Korea, tak kesahlah ianya Ori, Imitation ataupun Inspired design. Vanitymask ada membuat Pre-order bag & handbag sempena Raya 2012 ini. Tapi korang perlu ingat ini adalah Pre-Order, bukan Ready-Stock yang bermaksud kalau korang order sekarang, barangnya akan dapat dalam jangka masa 2 minggu. Pre-Order ini bermula daripada 30hb July sehingga 5hb Ogos 2012. Selepas 5hb Ogos, korang dah tak boleh order dah, sebab takut tak sempat pihak VM nak pos sebelum Raya. Klik disini untuk melihat apa yang ditawarkan oleh VanityMask kali ini. Selamat berpuasa!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

95 Comments

  1. Anonymous

    July 31, 2012 at 7:50 pm

    menyampah watak nadirah ni dah dpt second chance utk idup tak pandai menghargai. semua pempuan mesia emo giler cam ni ke?

  2. .........

    July 31, 2012 at 12:26 pm

    wei..tengok drama tv 1 lgi best la..kisah tentang anak derhaka..sok pas cite dejavu ni abis..cite terbaru y heroinya lofa..lgi menyampah nk tengok..

  3. sakit jantung

    July 31, 2012 at 11:50 am

    cite barat pun tiru cite jepun/korea…
    or bahasa sopan..lakon semula ;p

  4. tukang ajar budak

    July 31, 2012 at 10:39 am

    aku tak layan lansung citer w’pon sgt minat kt aqasha…citer ttg pompuan lembik yg sakit dan lelaki slow yg patah hati…busannya tahap ko buleh rase rambut ko memanjang…

  5. Tina turner

    July 31, 2012 at 9:00 am

    Diorg x tiru korea la. Dah dejavu rase cam penah jadi la citer tu huhu

Loading...
To Top