Debaran Kian Terasa, Lebih 400 Ribu Calon SPM 2020 Bakal Terima Keputusan Peperiksaan Hari Ini

Kehidupan

Debaran Kian Terasa, Lebih 400 Ribu Calon SPM 2020 Bakal Terima Keputusan Peperiksaan Hari Ini

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bakal diumumkan pada jam 10 pagi ini dan hal itu pasti membuat para calon SPM 2020 semakin berdebar.

Menerusi laporan Sinar Harian, seramai 401,105 calon SPM akan menerima keputusan peperiksaan mereka. Calon sekolah dan persendirian boleh membuat semakan melalui dua kaedah termasuk menerusi myresult1.moe.gov.my atau myresult2.moe.gov.my. 

Advertisement

Bukan itu saja, calon juga boleh membuat semakan menerusi perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan keputusan dengan menaip SPM NoKP AngkaGiliran dan hantar ke 68886.

Perkhidmatan tersebut akan diaktifkan mula pada jam 10 pagi sehingga 6 petang pada 10 Jun. Bagi calon yang tidak dapat melayari internet, pihak sekolah akan megenal pasti dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan.

Berhubung dengan pengumuman keputusan SPM bakal diumumkan pada hari ini, ramai yang memberi sokongan dan kata-kata semangat kepada calon SPM di laman Twitter memandangkan mereka semua mengambil peperiksaan ketika pandemik.

Semoga calon SPM 2020 memperoleh keputusan yang cemerlang dan berjaya pada masa hadapan.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...