February 27th, 2020

Baru-baru ini, bekas kekasih Naim Daniel iaitu Dayana Amerda telah menuntut hak cipta lagu Sumpah yang menjadi juara Anugerah Juara Lagu Ke 34 (AJL34). Dia mahu Naim bersikap jujur kepada peminat dan memberi tempoh seminggu kepada penyanyi itu untuk membuat pengakuan secara terbuka bahawa lagu itu adalah karya ciptaan mereka bersama pada tahun 2015 ketika mereka masih bercinta.

dayana armeda

Bagaimanapun, sehingga kini pihak pengurusan Naim, World Peace Entertainment (WPE) terus berdiam diri berhubung isu hak cipta lagu tersebut.

Dayana berkata dia ingin bertemu empat mata dengan Naim untuk menyelesaikan isu berkenaan dan enggan menunaikan permintaan pihak pengurusan Naim yang meminta menghantar bukti berkaitan isu hak cipta lagu Sumpah melalui e-mel sahaja.

naim daniel dayana

Saya mahu bertemu dengan wakil WPE untuk mengemukakan bukti, tetapi mereka tidak mahu berjumpa atas alasan saya sudah mengadakan sidang media terlebih dahulu, sebelum berjumpa.

WPE minta saya menghantar bukti menerusi e-mel. Bagaimanapun, saya memutuskan tidak menghantar sebarang bukti menerusi e-mel, melainkan selepas Naim dan WPE bersetuju untuk berjumpa.

naim daniel dayanaTiada apa yang Dayana harapkan selain kemelut ini dapat diselesaikan segera berikutan tidak mahu terus menjadi mangsa kecaman netizen.

Terdahulu, Naim berkata dia masih belum menerima apa-apa bukti melalui e-mel daripada pihak Dayana berkaitan isu hak cipta lagu terbabit.

Sumber Berita : BH ONLINE

41 responses to “Dayana Mahu Jumpa Naim Daniel, Enggan Serahkan Bukti”

  1. Anonymous says:

    Eleh setakat copy je email. Original still ada dekat kau. Bukan luak or hilang pun.

  2. Anonymous says:

    Ek eleh poyo lah. Kalau memang ada bukti bagi jelah, Engko tu siapa orang nak kena datang menyembah kau. Mak anak sama je. Gila publisiti.

  3. bising jer says:

    poyo la. klu ada bukti, bagi jer la.

  4. Anonymous says:

    “aku lah perempuan dalam lagu tersebut, lagu tu hak aku jugak”. I hope you don’t feel that way

  5. Anonymous says:

    hantar je la bukti dulu…apa nak takut. original copy kat ko kan.
    masa ko emel tu ko cc skali press. berani kerana benar dik.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini