Datuk Seri Vida Tuntut Aishah Mohon Maaf Secara Terbuka

Hiburan

Datuk Seri Vida Tuntut Aishah Mohon Maaf Secara Terbuka

Selepas menerima pelbagai implikasi daripada kontroversi bersama Aishah, kini giliran Datuk Seri Vida pula menuntut juara Gegar Vaganza 4 itu membuat permohonan maaf secara terbuka. Jelas DSV, perkataan ‘berlian palsu’ yang sering digunakan oleh Aishah memberikan impak yang besar kepada perniagaan beliau terutama sekali membabitkan kedai emasnya.

Advertisement

Mula-mula Aishah kena minta maaf dok royak (cakap) palsu-palsu mengenai berlian tapi saya bagi berlian sahaja ke? Tak,  rantai emas putih lepas tu ‘sapphire’ dan seluruh barangan kemas itu dikatakan palsu.

Dahlah bagi perkataan palsu, awak tahu tak impak tu habis rosak keseluruhan bisnes saya terutama kedai emas saya terjejas teruk. Tak pasal-pasal sebab satu perkataan itu habis rosak susu sebelanga. Jumlah kerugian sales merudum 70 peratus, merudum kedai emas saya termasuk produk-produk saya.

Selain itu, DSV mahu Aishah memadam segala kenyataannya berkaitan ‘berlian palsu’ itu di media sosial dan turut ingin mengadakan pertemuan serta bersemuka dengan Aishah untuk menyelesaikan segala masalah dan kemelut.

Jika Aishah berjaya untuk melaksanakan ketiga-tiga perkara itu, barulah DSV bersedia untuk memohon maaf kepadanya. Bukan itu sahaja, beliau juga akan cuba mempertimbangkan untuk menggantikan rantai berlian yang dihadiahkan kepada Aishah sebelum ini dengan barang kemas yang lain.

Terdahulu,  kontroversi serta kemelut DSV dan Aishah bermula apabila penyanyi yang terkenal menerusi lagu Janji Manismu itu mendedahkan hadiah barangan kemas yang bernilai RM80,000 tajaan DSV dalam Gegar Vaganza 4 adalah palsu.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...