Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Datuk Seri Vida Tiada Kuasa Tarik Kemenangan Aishah – Astro

Gara-gara berang dengan tindakan Aishah yang mendakwa rantai berlian pemberian beliau adalah palsu, Datuk Seri Vida sebelum ini mahu kejuaraan penyanyi itu dalam Gegar Vaganza 4 ditarik balik dan berpendapat Aishah hanya layak mendapat tempat kesepuluh dalam pertandingan tersebut.

Advertisement

Walaubagaimanapun, pengurus saluran Astro Ria, Emarina Kamal menjelaskan pihak penaja tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menetukan pemenang mahupun menarik balik keputusan yang telah dibuat.

Pihak penaja termasuklah untuk GV4 tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memilih pemenang atau menarik balik keputusan. Penaja juga tidak boleh mempengaruhi keputusan rasmi yang telah dibuat kerana format penjurian adalah tertakluk seratus peratus pemarkahan oleh juri profesional.

Segala keputusan rasmi juga telah dinilai dan disemak oleh badan audit bertauliah yang dilantik bagi memastikan proses penjurian dilakukan secara telus dan adil.

Terdahulu, DSV juga menegaskan beliau sama sekali tidak akan menggantikan rantai berlian didakwa palsu yang diberikan kepada Aishah itu dengan wang tunai atau apa pun barang kemas yang lain. Beliau hanya mahu berikan Lavida Coin yang dikatakan lebih tinggi nilainya.

Advertisement

Namun, Aishah tidak mahu lagi sebarang pemberian dan hanya menuntut jutawan kosmetik itu memohon maaf kerana menipu.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

68 Comments

  1. DSV Hater

    August 30, 2018 at 5:12 pm

    DSV saje nak guna isu Aishah ni utk publisiti-kan Lavida coin dia…Tu sbb dia xnak minta maaf. Aishah tu x mintak ganti pun, dia cuma nak DSV mintak maaf. Saje dipanjangkan isu ni. Heh

  2. white cat

    August 30, 2018 at 12:49 pm

    Silap-silap duit syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen lebih bernilai dari Lavida coin yang tak laku tu. Tahniah Aishah kerana tak menerima lavida coin scam takde nilai tu! saya lagi sanggup menerima duit syiling RM 80K kalau dato vida sanggup bagi tetapi bkn duit scam. DSV dan dato boy iman bolehlah kawin klu mcm ni! dua dua dato scammer!

  3. Anonymous

    August 30, 2018 at 12:11 pm

    Gila kuasa jadi macam ni lah.

  4. Pearson

    August 30, 2018 at 11:33 am

    Too bad that all DSV’s money can’t buy her class and character that she desperately need.

  5. menyampah

    August 30, 2018 at 10:53 am

    apa ke jadah dia ni??? sesuka hati sesedap mulut itik dia nk suruh tarik kejuaraan org..dia sapa??? helooo, aisyah tu usaha tiap mnggu menyanyi,guna segala kepakaran dia utk menang…dia yg buang tebiat dok terkinja2 mcm kera kt bwh tu apa hal???!!! sekadar jadi penaja…cisssssss!!!!!!

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama