Datuk Seri Vida Nafi Lavida Coin Skim Cepat Kaya

Hiburan

Datuk Seri Vida Nafi Lavida Coin Skim Cepat Kaya

Sejak Bank Negara Malaysia mengumumkan matawang kripto  Lavida Coin milik Datuk Seri Vida tersenarai dalam senarai Amaran Pengguna Kewangan dan beroperasi tanpa kelulusan BNM, ramai yang mengatakan DSV hanya ingin mengaut keuntungan daripada orang ramai dengan cara mudah dan tidak telus.

Advertisement

Bagaimanapun, beliau tetap tampil mempertahankan Lavida Coin dan menafikan dakwaan perniagaan kripto beliau itu adalah skim cepat kaya.

LVC diwujudkan berdasarkan pengalaman saya mendapat pulangan yang baik daripada urus niaga mata wang tersebut.

Saya komited memastikan LVC ini mematuhi segala peruntukan yang digariskan oleh pihak berkuasa dan diurus berdasarkan tadbir urus yang baik bagi memastikan ketelusannya.

Menurut DSV beliau akan mengadakan perbincangan dengan pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan BNM untuk memastikan urus niaga Lavida Coin berjalan lancar dan mematuhi setiap syarat dari sudut undang-undang dan peraturan dipatuhi.

Buat masa ini, jutawan itu meminta netizen untuk berhenti mencetuskan pelbagai spekulasi liar mengenai pelaburan Lavida Coin.

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

44 Comments

  1. Anonymous

    September 3, 2018 at 5:29 pm

    Selagi x lulus BNM x perlu kot. Ini bukan pelaburan tpi kebodohan. Dia apa kisah dia dah kayooo! Yg korang la bakal tersontot kelak mcm gang MLM dan Pak Man Telo tu. Takkan tak paham lgi? Lepas satu skim x jalan..buat skim lain.

    • aMin

      September 3, 2018 at 6:07 pm

      ya…too risky.

  2. Duh

    September 3, 2018 at 4:23 pm

    baju tu kalau ada Kain jarang. Boleh Guna tapis kelapa parut Buat bisnes jual santan pulak. Tu Tak payah kelulusan BNM. Camna?

  3. Anonymous

    September 3, 2018 at 3:24 pm

    ishishish…GEDEMPOLNYA.

  4. nh

    September 3, 2018 at 2:54 pm

    aku rasa baju dia, boleh buat blanket nak tidur

  5. Tk

    September 3, 2018 at 12:22 pm

    Mana pengumuman Kementerian Kesihatan pasal lab test Jus kesihatan dan suplimen yg diiklankan Kt tv tu. Selamat ke? Bgtau la berapa kandungan steroid dalam suplimen dan berapa kilo gula dalam satu Botol jus. Ayoh netizen ….. kita gegar KKM agar jus dan suplimen yg kelentong Di haramkan segera. Perjuangkan Hak pengguna. Jangan kita Di Perbodohkan. Mereka yang tamak jadi kaya raya. Kita masuk hospital. Nauzubillah.

    • Elliza Razak

      September 3, 2018 at 7:20 pm

      Kalau banyak gula memang bahaya jawabnya. Takyah minum jus macam ini pun tak apa.

Loading...