Sejak Bank Negara Malaysia mengumumkan matawang kripto Lavida Coin milik Datuk Seri Vida tersenarai dalam senarai Amaran Pengguna Kewangan dan beroperasi tanpa kelulusan BNM, ramai yang mengatakan DSV hanya ingin mengaut keuntungan daripada orang ramai dengan cara mudah dan tidak telus.
Bagaimanapun, beliau tetap tampil mempertahankan Lavida Coin dan menafikan dakwaan perniagaan kripto beliau itu adalah skim cepat kaya.
LVC diwujudkan berdasarkan pengalaman saya mendapat pulangan yang baik daripada urus niaga mata wang tersebut.
Saya komited memastikan LVC ini mematuhi segala peruntukan yang digariskan oleh pihak berkuasa dan diurus berdasarkan tadbir urus yang baik bagi memastikan ketelusannya.
Menurut DSV beliau akan mengadakan perbincangan dengan pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan BNM untuk memastikan urus niaga Lavida Coin berjalan lancar dan mematuhi setiap syarat dari sudut undang-undang dan peraturan dipatuhi.
Buat masa ini, jutawan itu meminta netizen untuk berhenti mencetuskan pelbagai spekulasi liar mengenai pelaburan Lavida Coin.