Datuk Seri Vida Lancarkan Skim Crypto Lavida Coin

Hiburan

Datuk Seri Vida Lancarkan Skim Crypto Lavida Coin

Skim matawang ‘crypto’ yang melibatkan pertukaran wang di alam maya secara digital kini menjadi kegilaan orang ramai kerana mempunyai nilai semasa yang sangat tinggi dan memberikan pulangan yang besar kepada pembelinya. Antara pelaburan wang tersebut yang cukup popular ialah Bitcoin.

Tidak mahu melepaskan peluang yang ada, kini usahwan kosmetik Datuk Seri Vida telah melancarkan matawang digitalnya sendiri secara rasmi yang dikenali dengan nama Lavida Coin.

Advertisement

Menurut beliau, tujuan utama pelancaran Lavida Coin adalah untuk membantu orang ramai menjana pendapat yang lebih tinggi selain membuat pelaburan secara telus. Yang penting, ia bukanlah pelaburan wang haram.

Saya tidak mungkin boleh membantu setiap orang dengan menghulurkan wang semata-mata, sebaliknya saya mahu khalayak juga berpeluang menikmati rezeki seperti saya. Justeru saya berkongsi kaedah terkini melalui Lavida Coin yang bukan sahaja mudah malah tidak membebankan serta mampu menjana pendapatan yang lumayan.

Ini bukan pengubahan wang haram. Sebelum saya buat Lavida Coin, saya kaji dan fahami perjalanannya. Aktiviti ini sudah lama wujud cuma di negara kita saja orang masih was-was untuk turut serta.

Katanya, setiap pelaburan yang dilakukan akan dilaksanakan dengan penuh jiwa dan iktikad untuk berjaya. DSV mahu orang ramai melabur ke Lavida Coin sekarang kerana harganya masih lagi rendah sebelum dijangka naik mendadak menjelang hujung tahun ini.

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...