Datuk Seri Vida Didakwa Menipu Dan Perguna Sekolah Agama?

Hiburan

Datuk Seri Vida Didakwa Menipu Dan Perguna Sekolah Agama?

Umum mengetahui usahawan, Datuk Seri Vida seorang yang sangat pemurah dan selalu memberikan sumbangan kepada pusat tahfiz, anak-anak yatim, ibu tunggal serta mereka yang memerlukan untuk membuat amal kebajikan.

Advertisement

Meskipun sudah berjaya, DSV tetap tidak lupa akan soal agama dan sikapnya yang sering berbuat baik dengan orang lain dijadikan idola orang ramai.

Namun, baru-baru ini ada tuduhan liar yang mendakwa DSV mempergunakan sekolah agama demi kepentingannya sendiri. Betul ke?

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook PW Community, DSV dikatakan mempergunakan sebuah sekolah agama di Terengganu sehingga sekolah tersebut menjadi stokis bagi produk keluaran syarikatnya. Sekolah itu harus bekerja keras untuk menjual semua stok yang ada  jika mahu mendapat habuan.

Walaupun berita ini sudah tersebar luas di media sosial dan menimbulkan pelbagai spekulasi, DSV bagaimanapun sehingga saat ini belum memberikan sebarang komen lanjut mengenainya.

Sumber Berita : PW Community

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...