Datuk Rosyam Noor Anggap Pertandingan Hero Remaja Masih Relevan

Hiburan

Datuk Rosyam Noor Anggap Pertandingan Hero Remaja Masih Relevan

Umum mengetahui, pertandingan Hero Remaja sudah wujud lebih 31 tahun sejak tahun 1990 itu sudah banyak melahirkan insan-insan seni berbakat di Malaysia.

rosyam noor
4 years ago

Rosyam Noor Tempelak Kenyataan Zul Yahya Kata Bidang Seni Tidak Berkat

Advertisement

Nama-nama besar seperti Syafiq Kyle, Fattah Amin, Kamal Adli, Azhar Sulaiman dan Norman Hakim merupakan antara bekas peserta yang berjaya dicungkil bakat mereka dalam pertandingan ini.

Namun begitu, pertandingan pencarian bakat seperti itu bukanlah satu-satunya cara untuk menonjolkan diri seiring dengan perubahan zaman serta kepesatan media sosial.

Kini, menjadi popular di media sosial seolah-olah satu platform mudah untuk dikenali.

Datuk Rosyam Noor setuju Hero Remaja dikekalkan

Pelakon, pengarah dan penerbit filem terkenal Datuk Rosyam Noor baru-baru ini sempat memberikan pandangannya tentang persoalan sama ada pertandingan seperti Hero Remaja itu masih relevan atau tidak.

Menurut Rosyam, orang yang meminati dunia seni itu sendiri dan menjadi pelakon khususnya pasti memandang platform Hero Remaja sebagai platform yang terbaik.

Ini adalah kerana, daripada majalah itu sendiri banyak melahirkan bintang-bintang berbakat dan terkenal di Malaysia.

Ujar Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor bin Shamsuddin, dia merasakan yang platform tersebut harus dikekalkan.

Tambah Rosyam lagi, dia berkata sebegitu kerana platform itu adalah salah satu cara pendatang baru dalam industri hiburan tanah air untuk mengekspresi apa yang mereka ada untuk menceburi bidang tersebut.

Sekadar info, pertandingan Hero Remaja 2021 bakal melabuhkan tirainya malam ini dan akan menyaksikan hanya empat orang finalis yang berada di pentas akhir iaitu Aqil Taqee, Fazziq Muqris, Mierul Aiman dan Afiq Hamidon.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...