Datuk Hans Isaac Dilantik Pengerusi FINAS

Hiburan

Datuk Hans Isaac Dilantik Pengerusi FINAS

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo hari ini mengumumkan pelakon dan pengarah, Datuk Hans Isaac dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 8 April.

Advertisement

Pelantikan itu sesuai dengan pengalaman Hans yang sudah berpuluh tahun dalam industri hiburan dan perfileman tempatna. Berita itu juga turut dikongsikan oleh Hans sendiri menerusi akaun Instagramnya.

Menerusi satu kenyataan di Harian Metro, Hans berkata beliau akan berusaha membangkitkan industri dan akan melaksanakan semua perancangan pembangunan. Tidak mahu cakap lebih tetapi akan berusaha mendapatkan hasil yang terbaik.

Hans pernah menerima pelbagai anugerah dalam industri perfileman tempatan dan Pengarah Urusan, Social 360 Sdn Bhd, sebuah syarikat yang terbabit dalam bidang keselamatan dan insurans. Terdahulu, beliau pernah menjadi Ahli Lembaga Penasihat FINAS dan Ahli Lembaga Persatuan Penerbit Filem Malaysia pada 2012.

Hans juga merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dari Institute of Commerce, Singapura dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hotel dari Kolej Stanford, Malaysia.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...