Datuk Boy Iman Direman Kali Ke Empat, Kini Di Lokap Sungai Petani

Hiburan

Datuk Boy Iman Direman Kali Ke Empat, Kini Di Lokap Sungai Petani

Kes penipuan rumah mampu milik membabitkan DBI Properties dan Juta Kelulut Global Resources kini menyaksikan Datuk Boy Iman direman buat kali keempat bagi membantu siasatan kes.

Kerugian yang dianggarkan dari kes ini membabitkan jumlah RM 6.8 juta.

Advertisement

 

Sebelum ini, Boy Iman dikenakan tahanan reman selepas melalui proses yang sama selama dua hari di Ampang, Selangor dan di Muar, Johor dan tiga hari di Shah Alam, Selangor sebelum ini, bersama tiga rakan suspek iaitu Kassim Arunasalam, Muhammad Umar Abdul Jamil dan Siti Norbaiyah Yahya turut dikenali sebagai Datuk Anggun.

Harian Metro melaporkan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, Boy Iman direman bagi membantu siasatan bersangkut laporan polis yang dibuat di Sungai Petani, Kedah.

 

Semua mereka ditempatkan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Petani, Kedah.

Permohonan reman semua suspek diperlukan bagi meneruskan siasatan dan melengkapkan kertas siasatan sebelum pendakwaan dilakukan.

Sementara itu seorang lagi suspek bernama Zubir Yahya atau dipanggil Ustaz Zubir masih dalam buruan.

Kepada yang mempunyai maklumat mengenai Ustaz Zubir, diminta tampil memaklumkan kepada polis dengan segera.

Pada 2 Oktober lalu, Boy Iman dan tiga yang lain ditahan susulan 188 laporan polis oleh mangsa yang mendakwa ditipu dua syarikat menawarkan rumah pada harga lebih rendah berbanding harga pasaran iaitu kira-kira RM60,000 untuk sebuah banglo berkeluasan 1,650 kaki persegi.

Sehingga Jumaat lalu, jumlah laporan polis yang dibuat mangsa bertambah kepada 210 laporan dari seluruh negara, membabitkan projek di Negeri Sembilan, Johor dan Selangor.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.- Via Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...