“Dari Nak Awal Jadi Lambat” – Wanita OKU Terpaksa Diangkat Polis Bantuan Turun Tangga Sebab ‘Lift’ Rosak

Kehidupan

“Dari Nak Awal Jadi Lambat” – Wanita OKU Terpaksa Diangkat Polis Bantuan Turun Tangga Sebab ‘Lift’ Rosak

Baru-baru ini tular di laman Twitter, satu hantaran oleh seorang pengguna yang meluahkan rasa kecewa apabila seorang wanita berkerusi roda terpaksa berdepan situasi sukar gara-gara kemudahan lift yang tidak berfungsi.

Menerusi hantaran tersebut, wanita itu dilihat terpaksa meminta pertolongan daripada polis bantuan bagi menggunakan tangga untuk turun daripada stesen dipercayai di KTM Seremban.

Advertisement

Malah, dapat dilihat beberapa anggota polis bantuan telah mengangkat wanita berkerusi roda itu untuk turun daripada tangga dengan berhati-hati.

Terima kasih kepada polis bantuan KTMB SEREMBAN. Kalau tak ada dorang memang melopong jela.

Sehingga kini, ciapan tersebut telah mendapat 3.6K ciap semula, 3.5K tanda suka, dan 170 balas di laman Twitter.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai turut memberi pelbagai respon, ada yang memaklumkan bahawa lift berkenaan sememangnya sudah lama rosak namun masih belum dibaiki.

Susulan kejadian itu, pihak kontraktor dan Jabatan Kerja Raya (JKR) telah turun ke lokasi berkenaan untuk membaiki lift tersebut dan memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

5 bulan lalu

"Baru Seminggu Nikah" - Ibu Mentua Ugut Kalau Tak Hamil Dalam Masa Sebulan Suami Akan Kahwin Lain

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    June 29, 2022 at 2:30 pm

    Itulah dia, sistem public transport kite mmg bukan OKU friendly, pelik kenapa tak terpikir tuk sediakan semua nie biler buat infrastructur semua. Sy nie pun bukanlah cacat tp mmg sakit lutut bagai pun kadang2 tak larat nak naik and turun tangga, one flight of stairs ok lagi tapi chiternyer more than one kan..org2 tua, pregnant women, travelling wth small children…kena ader services nie semua. kalu rosak, rectify it asap..jgn laa tunggu viral or kecelakaan baru nak betulkan.

  2. peaahh

    June 29, 2022 at 1:42 pm

    zaman sekarang xpayah report, viral je terus. bru thegeh2 pegi betulkan

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...