“Dari Jauh Dah Jerit Tutup” – Kedai Cuci Kereta Di JB Didakwa Pilih Kasih, Hanya Terima Pelanggan Singapura

Kehidupan

“Dari Jauh Dah Jerit Tutup” – Kedai Cuci Kereta Di JB Didakwa Pilih Kasih, Hanya Terima Pelanggan Singapura

Baru-baru ini, viral di aplikasi TikTok mengenai sebuah hantaran video oleh seorang pengguna yang meluahkan rasa tidak berpuas hati terhadap sebuah kedai mencuci kereta di Taman Pelangi, Johor Bahru.

Menerusi video tersebut, wanita itu mendakwa pemilik kedai mencuci kereta itu mengutamakan pelanggan negara jiran telah mengundang kemarahan orang ramai.

Advertisement

Malah, pekerja kedai cuci kereta itu turut didakwa hanya menerima kenderaan dengan plate pendaftaran dari Singapura dan memaklumkan kedai tutup sekiranya kenderaan tersebut mempunyai plate pendaftaran Malaysia.

Daripada jauh staff dia dah jerit tutup, sorang lagi dah geleng-geleng kepala. Tak toleh pun.

Tambahnya lagi, dia turut berasa kecewa terhadap sikap pekerja kedai berkenaan yang dianggap angkuh dan sombong terhadap pelanggan tempatan dan dilayan seperti anjing.

Kau nak ambik kereta plate Singapore je, plate Malaysia mana nak layan.

@nh.sams

Banyakk lagii aku nak bebel sebenarnyaa tapi tuu laa budak kecikk nii tak reti duduk diam dapat record sikit jee ? #johorbahru#fyp#fyp??viral#viraljohorbahru#sakithati

? Party Coy – KIYAU OYONG

Meninjau di ruangan komen, perkongsian video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-ratanya mengecam sikap pilih kasih pemilik kedai berkenaan dan ada juga segelintir penduduk tempatan yang berkongsi pengalaman sama.

Selalu kedai macam ni tak lama sis sabar je – Netizen.

Tempat ni memang.. aku pakai Axia je.. and aku yang paling awal sampai.. ehh dia utamakan plate kuning yang datang lagi lambat dari aku,” tulis seorang pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

Enggan Buat Laporan Polis, Penyanyi BBNU Dakwa Hampir Dicabuli Vokalis Kumpulan Indie

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...