Dapat ‘Offer’ Pangkat Datuk, Shuib Sepahtu Masih Berkira-Kira,-“Ada Yang Kata Macam Tak Sesuai!”

Hiburan

Dapat ‘Offer’ Pangkat Datuk, Shuib Sepahtu Masih Berkira-Kira,-“Ada Yang Kata Macam Tak Sesuai!”

Setelah bergelar ahli perniagaan, pelawak Shuib berkata dia kini sedang mempertimbangkan tawaran untuk dikurniakan gelaran Datuk dari sebuah negeri.

Anggota kumpulan Sepahtu ini walau bagaimanapun tidak terburu-buru untuk menerima tawaran tersebut kerana dia masih perlu memikirkan beberapa faktor.

Advertisement

“Cuma perlu cakap ya saja, dah dapat Datuk! Sejujurnya memang ada tawaran dari sebuah negeri dan kami akan adakan perjumpaan untuk berbincang mengenai perkara ini. Tapi saya masih fikir-fikir lagi.. saya ada bertanya juga pendapat orang lain termasuklah pihak pengurusan dan rakan-rakan terdekat dahulu,”

Ditemui mStar online, Shuib menjelaskan sebab kenapa dia tidak menerima terus tawaran tersebut kerana gelaran Datuk seperti tidak sesuai kerana dirinya masih bekerja sebagai penyampai radio dan sebagainya.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad,36, turut tertanya-tanya tentang kesesuaian dirinya untuk mendapat gelaran tersebut walaupun kriteria untuk memperoleh gelaran Datuk itu sudah mencukupi.

Dia yang ditemui semasa pelancaran cawangan ketiga Bubblebee Malaysia di Suite Apartment Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur pada Khamis lalu.

View this post on Instagram

Jutaan terima kasih di ucapkan pd semua yg datang,sanggup berbaris panjang utk merasai #BubbleBee,,,kami sgt menghargai!!! Tahniah pd owner @sharnaazahmad !!! We make it happen bro ? Terima kasih pd JV partner yg sudi dtg support @hafiz.hov @babyanamoi @sheikhparadon @yazid_arshad @amanarshad @muhammad.imran.zulkafli .. Terima kasih pd rakan artis yg dtg @shukriyahaya @fizzfairuzofficial ,Terima kasih pd rakan media yg dtg,terima kasih pd tetamu VIP dan terima kasih pd team @bubblebeemalaysia_hq yg bertungkus lumus utk grand Launching harini…Terakhir terima kasih pd isteri tercinta yg dr dulu percaya pd i utk ape saje yg daddy usahakan,,Terima kasih sayang @sitisarahraissuddin ???… LOVE U ALL ??? #BubbleBeeSetapak #BubbleBee #Setapak #DanauKota

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on

 

View this post on Instagram

 

Be Safe Hand Sanitizer…60ml,120ml,500ml… KKM approved… Ready stok,Pemborong stokis dan ejen diperlukan? @ratasyacare 0169002426

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on

 Suami kepada penyanyi Siti Sarah Raisuddin ini turut berkata, gelaran Datuk bagi dirinya yang kini bergelar ahli perniagaan pastinya akan memberinya beberapa kelebihan dalam segenap hal. Dia yang kini banyak berurusan dengan tokoh korporat dan usahawan berpengaruh merasakan terdapat keperluan untuknya memilik gelaran ini.

View this post on Instagram

?? #mgcc

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on

“Kalau dari sudut bisnes rasa macam saya perlu mempertimbangkan tentang perkara ini. Secara peribadi saya rasa perlu. Apabila ada gelaran mungkin rasa lain sikit, itulah tak tahu nak cakap apa lagi. Ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum saya yakin untuk menerrimanya,” – Shuib Sepahtu

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...