Dapat Liputan The New York Times, Sajjad Dedah Ditendang Dan Diraba Oleh Pegawai Agama Ketika Ditahan

Hiburan

Dapat Liputan The New York Times, Sajjad Dedah Ditendang Dan Diraba Oleh Pegawai Agama Ketika Ditahan

Usahawan kosmetik terkenal, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman ataupun lebih dikenali sebagai Sajat khabarnya telah mendapat liputan media antarabangsa bukan sahaja di negara Indonesia, malah di The New York Times.

Sajjad
2 years ago

Kini Menetap Di Australia, Sajjad Tayang Keadaan Kediaman Baru Di Sana

Advertisement

Sajat yang ditemubual tabloid akhbar terkenal itu memaklumkan bahawa dirinya kini lebih bebas dan tidak lagi dikongkong dengan karenah birokrasi di negara sendiri.

SajatSumber : Astro Gempak  

Katanya, dia berasa seperti menjadi penjenayah berikutan undang-undang Malaysia menganggap dirinya sebagai seorang lelaki.

Dalam artikel berjudul ‘Transgender Woman Flees Malaysia After Prison Threat For Wearing Hijab’ itu, Sajat juga mendedahkan bahawa dia pernah dicabul oleh pihak berkuasa Malaysia sekitar bulan Januari yang lalu.

Mereka rasa mereka boleh sentuh bahagian sulit dan payudara saya kerana menganggap saya lelaki. Mereka tidak memperlakukan saya atas dasar kemanusiaan.

 

Usahawan itu yang kini menetap di Australia turut memaklumkan bahawa sekurang-kurangnya tiga lelaki telah bertindak untuk menendangnya selain merapa payudara dan diletakkan dalam penjara untuk lelaki selama satu hari.

Dalam pada itu, Sajat berkata dia sudah melepaskan segala perniagaan yang dibinanya di Malaysia demi memulakan hidup baru di negara yang didiaminya kini.

Dia juga dilaporkan memiliki kad pelarian Suruhanjaya Pelarian Tinggin Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) ketika berada di Thailand.

Terdahulu, media melaporkan bahawa Sajat telah pun ditahan di Imigresen Thailand pada 8 September lalu kerana kesalahan tidak memiliki pasport yang sah namun dibebaskan setelah diikat jamin beberapa hari kemudian.

Kini, Sajat yang juga merupakan personaliti media sosial Instagram itu juga telah pun mendapat kad hijau dan kuning dari negara Australia yang mengesahkan dia kini bergelar penduduk tetap di sana.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...