Dapat Hadiah Kereta Perodua Aruz, Guru Terkedu Pelajar Sanggup Berhabis Puluhan Ribu Deminya

Kehidupan

Dapat Hadiah Kereta Perodua Aruz, Guru Terkedu Pelajar Sanggup Berhabis Puluhan Ribu Deminya

Teringat dulu-dulu mesti kelam kabut cari hadiah untuk cikgu kita sayang tiap kali Hari Guru. Baru-baru ni tersebar gambar menunjukkan seorang guru telah menerima hadiah sebuah kereta Perodua Aruz dalam majlis persaraannya.

Guru yang dikenali sebagai Ahmad Bidin, 58 tahun bakal menyambut hari lahirnya pada 16 Disember ini dan telah menerima hadiah paling tidak disangka-sangka dari bekas pelajarnya.

Advertisement

Cikgu Ahmad Bidin mengajar subjek matematik dan matematik tambahan di Kolej Tunku Kurshiah (TKC) dan terbukti amat disayangi anak muridnya. Kegembiraan ini dikongsikan seorang pengguna Twitter @yaye_zaini yang merupakan bekas pelajar guru terbabit. Dia turut menyatakan para pelajar dari tahun 1980 sehingga 2021 telah membuat kutipan khas untuk membeli Perodua Aruz itu secara tunai.

Berdasarkan Yaye, nombor pendaftaran kereta turut dipilih khas iaitu AMD (Ahmad), 85 (mula mengajar tahun 1985) dan 21 (bersara tahun 2021). Ini bermakna cikgu Ahmad telah mengajar di TKC selamat 35 tahun.

Tidak terkata saya dibuatnya, namun saya ucapkan terima kasih kerana menghargai usaha saya.

Memetik laporan Utusan Malaysia, majlis persaraannya tidak dapat dilakukan di sekolah kerana perlu mematuhi SOP. Sebab itu ia terpaksa dilakukan di hotel yang dihadiri bekas guru, ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan bekas pelajar.

Selain itu, kami kongsi artikel trending pada pautan di bawah.

Kes kematian pertama Omicron di Britain
2 years ago

Britain Sahkan Kematian Pertama Akibat Jangkitan Varian Omicron

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...