Dakwaan Hairul Azreen Yang Hampir Diculik Hanya Publisiti Murahan Untuk Promosi Filem

Hiburan

Dakwaan Hairul Azreen Yang Hampir Diculik Hanya Publisiti Murahan Untuk Promosi Filem

Baru-baru ini, pelakon Hairul Azreen ada mendedahkan detik cemas beliau dan Ammar Alfian hampir diculik oleh lanun ketika menjalani penggambaran filem Paskal di sebuah pelantar minyak di Semporna, Sabah.

Advertisement

Walaubagaimanapun, kenyataan Hairul itu mengundang rasa kurang senang dan tidak puas hati pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Menurut Komander Datuk Hazani Ghazali, kenyataan Hairul itu tidak berasas dan pihaknya juga tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian tersebut sepanjang tahun 2017 -2018. Malah, Pasukan Khas Laut (Paskal) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) juga sudah ditugaskan untuk menjaga keselamatan semua yang terlibat dalam filem tersebut.

Buat Ghazali, apa yang dikatakan oleh Hairul itu cumalah publisiti murahan untuk menarik minat penonton sahaja.

Kenyataan pelakon filem ini tidak berasas memandangkan tiada sebarang kejadian seumpama itu yang dilaporkan sepanjang kru filem berkenaan berada di kawasan tersebut yang merupakan kawasan keselamatan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone). Sepanjang mereka menjalankan penggambaran filem, mereka disertai dan dikawal oleh pasukan keselamatan yang terlatih, Paskal dan saya percaya tidak ada cubaan melakukan penculikan kepada mereka.

Agak bahaya juga mengatakan sesuatu yang boleh mengelirukan ramai orang apatah lagi ia membabitkan keselamatan negara. Jika benar ia sekadar gimik, memang tidak wajarlah tindakan Hairul itu.

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...