Dakwa Hasut Netizen Kecam Artis, Seniman Buat Laporan Polis Terhadap Zarina Anjoulie?

Hiburan

Dakwa Hasut Netizen Kecam Artis, Seniman Buat Laporan Polis Terhadap Zarina Anjoulie?

Sehingga saat ini, masih hangat diperkatakan mengenai isu artis meminta bantuan khusus untuk golongan penggiat seni, isu tersebut juga mencetuskan perbalahan antara netizen dan artis.

seniman buat laporan polis zarina anjoulie

Advertisement

Terbaru, hari ini Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) membuat laporan polis terhadap seorang selebriti yang didakwa membuat video berunsur hasutan dan juga kecaman terhadap industri seni tanah air.

Menerusi laman Facebook Seniman, selebriti berkenaan  didakwa telah menyelar serta menghina penggiat seni bagi mendapatkan ‘paid review’ melalui media sosialnya dan ini membuatkan ramai artis terguris hati dengan kenyataannya itu. Malah, dia juga didakwa sebagai punca perbalahan antara netizen dan artis.

seniman laporan polis zarina anjoulie seniman laporan polis zarina anjoulie

Tidak mahu masyarakat terus memandang negatif terhadap para selebriti, pihak Seniman turut menyeru lebih ramai artis serta penggiat seni untuk membuat laporan polis dan Suruhanjaya Multimedia Malaysia terhadap artis berkenaan.

Meskipun identiti artis itu tidak didedahkan, tetapi rata-rata netizen mengatakan bahawa artis itu adalah Zarina Anjoulie.

seniman laporan polis zarina anjoulie seniman laporan polis zarina anjoulie seniman laporan polis zarina anjoulie seniman laporan polis zarina anjoulie

Terdahulu, Zarina pernah memuat naik video mengecam tindakan beberapa rakan artis yang dianggap “tidak malu” meminta bantuan khusus kerana terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan, sedangkan sebelum ini mereka menayang kehidupan mewah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...