Dakwa Hampir Diculik Lanun, Netizen Anggap Hairul Azreen Hadap ‘Likes’

Hiburan

Dakwa Hampir Diculik Lanun, Netizen Anggap Hairul Azreen Hadap ‘Likes’

Hairul Azreen sebelum ini muncul di pawagam dengan filem Qhaliq. Ia ialah filem pertama menampilkan Hairul sebagai pelakon utama namun kutipan filem itu tidak begitu memberangsangkan.

Advertisement

Hairul bakal muncul dengan filem keduanya PASKAL tidak lama lagi pada September ini.

Menceritakan pengalamannya sewaktu berlakon filem itu, Hairul mendakwa dia hampir menjadi mangsa culik lanun sewaktu penggambaran di Semporna Sabah.

Dakwaan Hairul mendapat perhatian Komander Kawasan Ke­selamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Hazani Ghazali, yang menyifatkan kenyataan Hairul sebagai tidak berasas dan satu publisiti murahan.

Kenyataan Hairul disifatkan Netizen seperti terdesak publisiti, memandangkan pelakon itu juga mempunyai beberapa kontroversi sebelum ini kerana bertindak melulu, misalnya menggunakan senapang tanpa lesen dan melungsur turun melalui pemegang eskalator sebuah pusat beli belah.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Malah, seorang Netizen berharap Hairul benar-benar diculik lanun kerana memfitnah Esscom.

Isu keselamatan negara bukanlah seautu yang dipandang remeh. Pasukan Esscom telah menjalankan tanggungjawab dengan penuh profesional dan berdedikasi bagi memastikan keselamatan perairan negara. Membuat dakwaan hampir diculik lanun seolah-olah memperkecilkan peranan mereka yang telah berusaha memastikan keselamatan dan kedaulatan negara tidak dicemari.

Diharap Hairul akan lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan selepas ini. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...