Dakwa Diperlakukan Seperti Penjenayah, Ibu Sufi Rashid Kesal Dengan Perangai Menantu

Hiburan

Dakwa Diperlakukan Seperti Penjenayah, Ibu Sufi Rashid Kesal Dengan Perangai Menantu

Sekali lagi kisah masalah peribadi antara penyanyi kelahiran Singapura, Sufi Rashid dan ibunya kandunganya menjadi perhatian ramai.

ibu sufie rashid diperlakukan seperti penjenayah

Advertisement

Sudah beberapa kali juga mereka bersengketa dan pernah juga penyanyi itu dituduh sebagai anak derhaka kerana membelakangkannya.

Terbaru, ibu Sufi meluahkan rasa tidak puas hati mendakwa dirinya diperlakukan seperti penjenayah ketika majlis perkahwinan anaknya. Ada pihak yang cuba menghalangnya dan adik-beradik Sufi untuk hadir ke majlis tersebut.

“Diperlakukan seperti penjenayah.

Ada anasir jahat hasut singkirkan

saya dan anak-anak”

ibu sufie rashid

Kesal dengan perangai menantu yang

tidak mengendahkan ibu mertua

sufie rashid

Menerusi video yang dimuat naik, dapat dilihat isteri Sufi meninggalkan pelamin saat ibu mertuanya berpelukan dan mencium Sufi, tanda kasih kepada anaknya. Sufi cuba untuk menghalang isterinya tetapi tidak berjaya dan wanita itu berlalu pergi begitu sahaja.

“Semoga diberi hidayah buat semua

anasir jahat yang menghasut”

ibu sufie rashid kesal dengan perangai menantuBukan kali pertama salah faham antara dua beranak ini berlaku dan setakat ini pihak Sufie dan isteri belum lagi memberikan sebarang respon mengenai isu ini. Apa-apa pun, kami harap mereka dapat menyelesaikan segala kemelut dengan baik, tidak manis untuk ibu dan anak terus bermasam muka.

Sumber Berita : Irma Mahamud

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...